Jika sudah memilik alat solek, sudah pasti perlu ada tempat penyimpanan yang sesuai dan selamat bagi memastikan alat solek ini terjaga dengan baik.

Alat solekan adalah barangan wajib dimiliki setiap wanita. Malah jika mereka tidak memakainya sekalipun, pasti ada satu yang mereka miliki. Paling basic lipstick mesti ada!

Bagi mereka yang memiliki sedikit saja alat solek mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi mereka yang memilikinya dalam kuantiti yang banyak, pasti perlu mencari penyelesaian bagaimana untuk menyimpan semuanya.

Alat solekan perlu bersih, bebas habuk

Pemakaian alat solek memang biasa dengan wanita, tetapi untuk menjadikannya bersih terutama daripada habuk, mungkin tidak ramai yang boleh melakukannya dengan baik.

Malah, ada yang mungkin pasrah saja berus solekan mereka terbiar bebas menyedut habuk yang akhirnya akan menyebabkan mudarat pada muka.

Di kawasan bandar terutamanya, aktiviti perindustrian, berkebun, kenderaan, dan lain-lain adalah punca utama habuk.

Kerana ia datang dari pelbagai sumber, terdapat pelbagai jenis habuk. Partikel habuk mungkin boleh dilihat atau tidak dapat dilihat. Lebih kecil habuk tersebut, lebih kurang kita dapat melihatnya. Habuk yang lebih kecil boleh tinggal lebih lama di udara dan pergi lebih jauh.

Tahap bahaya partikel habuk

Partikel habuk lebih besar yang boleh anda lihat adalah daripada kereta atau perabot selepas tempoh masa tertentu. Badan mencegah partikel tersebut masuk dengan memerangkapnya dalam hidung dan mulut apabila anda bernafas.

Jika anda secara tidak sengaja menelan partikel ini, ia tidak dan boleh dikeluarkan semula melalui pernafasan dengan mudah.

Habuk yang lebih kecil atau halus lebih berbahaya. Ia menyerap jauh ke dalam paru-paru, sementara yang lebih halus boleh diserap terus ke dalam aliran darah.

Disebabkan itu pentingnya alat solek diletakkan disimpan dalam bekas simpanan yang bebas habuk!

Bagaimanakah habuk menjejaskan kesihatan anda?

Menurut laman hellodoktor, lebih kecil habuk, lebih berbahaya terhadap kesihatan anda. Faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah jumlah debu di udara dan berapa lama anda telah terdedah kepadanya.

Habuk yang cukup kecil untuk dihidu boleh menyebabkan:

  • Kerengsaan mata
  • Batuk
  • Bersin
  • Demam alergi
  • Serangan asma

Jadi sekiranya alat solek anda, terdedah kepada habuk seperti berus solekan, anda pula memakainya di muka, risiko untuk alahan berlaku pada anda sangat tinggi.

Disebabkan itu pentingnya memilih tempat penyimpanan alat solek yang anti-habuk. Sudahlah nampak lebih kemas, mengurangkan risiko alahan terhadap pemakainya kerana bebas habuk!

Lebih menarik, tidak perlu bersusah payah mencarinya di kedai, anda boleh beli secara atas talian di laman beli-belah shopee atau lazada!

5 tempat simpanan alat solekan yang boleh anda beli

#1. Bekas berus solekan dan span anti-habuk

Khusus untuk penyimpanan berus dan span, malah jika ada item-item kecil yang lain juga memang serasi dengan ruang penyimpanan kecil sebegini. Barulah berus dan span anda kekal bersih pada setiap kali penggunaan.

Alat solek
Source: shopee/amazon

klik di sini untuk beli! Murah saja tau, hanya RM36.54!

#2. Bekas penjagaan kulit & alat solek anti-habuk

Khusus untuk penyimpanan produk penjagaan kulit alat solek! Cukup besar, memang puas buat anda yang ada begitu banyak produk di atas meja solekan. Ini juga antara cara ideal untuk anda jimatkan ruang!

Klik di sini untuk beli. Harga bermula dari RM56.90-RM72.90. Hadir dua saiz berbeza.

#3. Bekas solekan anti-habuk lekat di dinding

Untuk menjimatkan ruang, storage ini cukup ideal jika anda mempunyai ruang bersiap yang terhad. Malah pilihan warnanya juga dapat menjadikan ia sebahagian daripada item perhiasan!

Source: shangyiplastic.co

#4. Bekas solekan anti-habuk dengan pemegang

Cantik kan? Siap pemegang pula tu, senang betul nak alih-alih. Serasi untuk anda yang suka berpindah-pindah untuk bersolek dan menjalankan rutin penjagaan kulit. Maklumlah nak cari ‘natural light’ bukan senang kan?

Source: shopee

Kli di sini untuk beli. Harga bermula dari RM49.80

#5. Bekas alat solek anti-habuk dengan laci kecil

Sesuai untuk anda susun kemas wangian yang berbotol-botol itu. Malah jika anda punya banyak koleksi gincu, ini adalah storage tepat untuk anda miliki!

Source: Shopee

Klik di sini untuk beli. Harga bermula dari RM45.90