Adakah anda masih tercari-cari moisturizer terbaik untuk kulit anda? Jika ya, mungkin artikel ini boleh membantu.

Jika tidak pun, tidak salahkan untuk kita menggali ilmu melalui pembacaan. Jika bukan untuk diri sendiri, mungkin boleh kongsikan pengetahuan itu kepada orang lain.

Kadang kala, penggunaan moisturizer yang salah juga boleh menyebabkan masalah kulit anda yang sedia bermasalah menjadi lebih teruk.

Moisturizer terbaik untuk pelbagai jenis kulit

Source: Pinterest

Seperti pakaian, moisturizer juga ada pilihan dan ia tidak semestinya sesuai untuk semua jenis kulit.

Sudah semestinya moisturizer yang terbaik adalah yang paling sesuai dengan kulit anda. Ia diformulasi khusus untuk kulit berminyak, sensitif, dan kering.

Menurut cloudfront.net sudah pasti, untuk mendapatkan moisturizer yang tepat, anda perlu tahu kulit yang anda miliki. Anda wajib tahu jenis kulit yang anda miliki dengan jelas supaya tidak tersilap memilih produk.

Kulit normal

Source: Pinterest

Jika anda memiliki kulit normal, iaitu kulit yang tidak terlalu kering atau berminyak, anggaplah diri anda bertuah. Hampir mana-mana produk boleh digunakan di muka anda.

Bagi mereka yang bertuah dengan jenis kulit ini, pakar mencadangkan untuk gunakan basic cleanser dan moisturizer yang hydrating untuk pastikan kulit anda kekal elok dan tidak rosak. Juga dicadangkan untuk guna moisturizer dengan hyaluronic acid yang mampu jadikan kulit anda gebu dan struktur kulit yang baik.

Kulit kering

Kulit kering akan rasa tegang sepanjang hari, dan anda mungkin akan alami patch dan flakes pada kulit anda.

Penting untuk pastikan bahawa anda tak gunakan sesuatu yang boleh buatkan kulit kering lebih teruk.

Moisturizer yang terbaik untuk kulit kering perlu mengandungi bahan-bahan hydrating seperti hyaluronic acid, glycerin, shea butter, lanolin, dan ceramides yang membantu kulit anda untuk kekalkan kelembapan lebih lama.

Kulit kombinasi

Mereka yang mempunyai kulit kombinasi selalunya akan rasa kering di bahagian pipi dan berminyak di bahagian T-zone. Jadi penting untuk gunakan moisturizer yang tak terlalu berat tapi masih cukup untuk bantu kulit anda kekalkan kelembapan di kawasan yang perlu.

Dermatologist mencadangkan untuk menggunakan oil-free moisturizer yang mempunyai glycerin dan hyaluronic acid tetapi yang ringan seperti gel moisturizer untuk kulit kombinasi.

Untuk hasil yang terbaik, gunakan lebih banyak moisturizer di mana anda mempunyai kulit kering dan kurang di kawasan yang berminyak.

Kulit berminyak

Source: Pinterest

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, selalunya produk terakhir yang anda fikirkan adalah moisturizer. Tetapi percaya atau tak, memastikan kulit anda lembap dengan betul dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan.

Apabila kulit dehydrated, ia akan hasilkan lebih banyak minyak. Minyak berlebihan boleh sebabkan liang pori tersumbat, jadi cari pelembap dengan kata kunci seperti water-based, non-comedogenic (tidak akan menyumbat liang-liang pori), non-acnegenic (tidak akan menyebabkan jerawat) atau oil-free.

Kulit sensitif

Kulit sensitif selalunya agak mencabar dan ambil masa sikit untuk tahu bahan-bahan yang boleh menyebabkan sensitiviti. Cari label yang menggunakan formula seperti non-irritating dan non-sensitizing yang bebas daripada parabens, wangian sintetik, alkohol, dan minyak mineral sebab bahan-bahan ini boleh menyebabkan kemerahan, benjolan, dan gatal-gatal.

Elakkan juga bahan-bahan yang berpotensi menyebabkan alahan seperti pewarna dan asid yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif.