Koleksi ini hadir dengan inovasi terbaharu bagi rangkaian produk asasnya iaitu muka, kening dan bibir.

Masih ingat kami ada post di IG Story mengenai bagaimana Anastasia Soare, iaitu pengasas Anastasia Beverly Hills memadamkan solekan keningnya dan melukis semula? Ya, dan dia melukisnya semula menggunakan produk dari koleksi musim bunga yang kini baru saja dilancarkan! Waktu itu hanya teaser sahaja, kerana rangkaian ini masih dirahsiakan.

Koleksi musim bunga ini hadir dengan inovasi terbaharu bagi rangkaian produk asasnya iaitu muka, kening dan bibir.

Source: Anastasia Beverly Hills

Sesuai dengan suasana musim bunga yang segar, jenama ini tampil dengan formula baharu bagi produknya yang pasti menjadi kegilaan baik untuk si gadis next door juga ‘instafamous’!

Kosmetik dari California ini hadir dengan 4 item basic mesti milik musim ini! Sesuai untuk anda semua yang masih Work From Home!

Brow Freeze

  • Ia diformulakan untuk tahan lama dan tidak perlu sesi touch up berkali-kali.
  • Dengan wax yang diformulasikan dengan formula baharu, Brow Freeze akan membuatkan kening anda tampak kemas sepanjang masa.
  • Ia juga tidak akan meninggalkan kesan kering yang menyebabkan terhasilnya kuping.

Iced Out Highlighter

  • Sesuai untuk anda yang ingin dapatkan wajah glowing.
  • Bentuk yang direka khas bagi memudahkan ia dipakai.
  • Formula serbuk reflektif ultra memberikan kesan cecair untuk menampakkan kilauan.

Crystal Lip Gloss

Crystal Lip Gloss, RM92 (hanya boleh didapati di laman web rasmi ABH)
  • Ia diformulasikan dengan bahan yang akan memberikan kesan kilauan tetapi selesa dipakai.
  • Tidak melekit.
  • Universal Crystal Clear membuatkannya sesuai untuk pelbagai jenis tona kulit
  • Tahan lama, kilauan yang bersinar walaupun dengan sekali sapuan
  • Berbau buah peach
  • Boleh dipakai pada bibir ‘kosong’ atau yang sudah disapukan gincu lain untuk tambahan dimensi

Diamond Lip Gloss

Diamond Lip Gloss, RM92 (hanya boleh didapati di laman web rasmi ABH)
  • Tekstur ringan
  • Tidak melekit
  • Universal Crystal Clear membuatkannya sesuai untuk pelbagai jenis tona kulit
  • Tahan lama, kilauan yang bersinar walaupun dengan sekali sapuan
  • Memberi ilusi bibir penuh
  • Aroma vanila
  • Boleh dipakai pada bibir ‘kosong’ atau yang sudah disapukan gincu lain untuk tambahan dimensi.

Buat masa ini hanya Brow Freeze dan Iced Out Highlighter boleh didapati di Sephora.My. Manakala Crystal Lip Gloss dan Diamond Lip Gloss boleh didapati di laman web rasmi Anastasia Beverly Hills sahaja.