Mungkin suratan atau kebetulan, apa yang pasti rata-rata mengetahui zodiak mempengaruhi personaliti seseorang individu.
Kadang kala tidak dinafikan memang sukar untuk memahami pasangan sendiri. Jadi untuk jalan lain, mungkin anda boleh ‘baca’ pasangan anda berdasarkan sifat mengikut zodiak mereka.
Apa yang anda perlu buat adalah baca dulu artikel ini dan cuba kaitkannya dengan pasangan anda. Tetapi janganlah terlalu percaya. Ia mungkin secara kebetulan saja.
Mungkin ini boleh dijadikan rujukan tidak rasmi bagi anda lebih memahami mereka melalui bulan kelahiran?
Aries (21 Mac-19 April)

Mereka yang bernaung di bawah zodiak Aries ini dikatakan sukakan perhatian. Mereka ini biasanya seorang yang berani, berkeyakinan, ada inisiatif dan mengutamakan tindakan tetapi terlalu pemikir dan sedikit ego. Mereka juga sukakan kanak – kanak dan sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya.
Taurus (20 April – 20 Mei)
Taurus dikatakan seorang yang setia. Mereka ini juga dikatakan mengutamakan kekayaan. Mungkin lebih selesa hidup dalam kesenangan dan tidak mahu hidup susah. Ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan, terlalu mengongkong, keras hati dan suka menurut rasa hati.
Gemini (21 Mei – 20 Jun)

Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang cepat bosan. Dalam pergaulan, Gemini dikatakan suka bertukar- tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan atau pasangan yang sesuai.
Cancer (21 Jun – 22 Julai)
Cancer dikatakan sukakan kehidupan rumah tangga dan keluarga. Mereka ini juga pelindung yang baik, mempunyai kesabaran yang tinggi, pintar tetapi agak sensitif. Bagaimanapun, mereka ini kadangkala bersikap keanak-anakan dan takut dengan perpisahan.
Leo (23 Julai-22 Ogos)
Dalam pergaulan, orang yang dilahirkan dengan lambang Leo, memang boleh dipercayai. Dalam perhubungan cinta, Leo memang serius. Demi kelancaran hubungan cinta, Leo bersedia melakukan apa saja!
Virgo (23 Ogos-22 September)

Mereka ini sentiasa tenang, serius tetapi agak kolot tapi mereka ini juga seorang yang bertanggungjawab. Dalam perhubungan mereka ini bukan jenis romantis. Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas, bersih dan teratur.
Libra (23 September – 22 Oktober)

Libra adalah orang yang seimbang, gemarkan perkahwinan, sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan, berdiplomasi, berseni, suka membantu, sentiasa dalam keadaan ceria, dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan. Pasangan ideal kan?
Scorpio (23 Oktober – 21 November)
Di sebalik penampilan yang agak kasar, Scorpio adalah seorang yang lemah kadang kala. Mereka suka disanjung dan takut pada kritikan. Mereka juga sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan sehingga boleh menjadi seorang yang mengongkong dan mudah cemburu.
Sagitarius (22 November – 21 Disember)

Sagitarius adalah seorang yang cintakan kebebasan. Jadi , ini bermakna mereka bukanlah seorang yang mengongkong. Mereka ini juga merupakan kawan atau pasangan yang menyenangkan kerana mempunyai wawasan dan bersikap tenang.
Capricon (22 Disember – 19 Januari)
Dalam pergaulan, kelahiran Capricorn agak mengongkong. Dalam cinta, mereka juga sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai mereka sukar untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakan.
Aquarius (20 Januari– 18 Februari)

Aquarius adalah seorang yang sangat berfikiran terbuka. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur’. Walaupun seakan dingin dan gemar berseorangan, namun Aquarius setia orangnya!
Pisces (19 Februari – 2 Mac)
Dalam pergaulan, cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Pisces seorang yang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menangis. Mereka juga mudah cemburu tetapi romantik.