Stopppp! Jangan fikir bukan-bukan. This is all about Syedewa X FerraRossa Friendship Collection… Bukan lamaran menjadi suri hati!

Siapa yang tak kenal Syedewa, jurusolek selebriti yang dulu sering merias wajah Neelofa dan Syedewa juga adalah pengasas jenama solekannya sendiri Syedewa Cosmetics. FerraRossa pula walaupun tidak lagi aktif sebagai jurusolek, sibuk membina empayar kecantikannya FerraRossa Beauty yang kini mempunyai lebih 2000 ejen berdaftar di bawah naungan syarikat itu. Hari ini mereka mempersembahkan Syedewa X FerraRossa Friendship Collection yang menampilkan tiga pewarna bibir matte yang menawan!

Lip Mattes untuk semua ton kulit

Tahniah TBD ucapkan pada Ferra dan juga Syedewa. Koleksi lip matte Syedewa X FerraRossa edisi terhad ternyata memperlihatkan gabungan mantap kalian berdua. Cantik bungkusannya namun lebih menarik tiga warna yang ditawarkan – I’ll Be There, I Trust You dan Good Listener… all you could expect from a true BFF. Menurut Syedewa, tiga warna ini telah dipilih khusus untuk kesesuaian semua ton kulit, yang boleh dipakai setiap hari, ke mana-mana sahaja. Tesktur ringan langsung tak terasa memakainya dan ramai yang mengatakan lip matte ini tidak buat bibir bergaris atau kering. Dirumuskan dengan shea butter, alfalfa, madu dan minyak zaitun, lip matte ini bertahan sepanjang hari dengan warna yang berpigmen tinggi. Smells lovely too dengan perisa vanila. Ya perisa! Ia dirumuskan tanpa pewangi sebaliknya mengguna vanilla food flavoring (tapi tolong jangan telan ya). Beautifully packaged dengan motif chic, this makes a wonderful gift untuk bff kamu, tak kisahlah kawan, adik-beradik, saudara, ibu….

Syedewa X FerraRossa
Syedewa X FerraRossa Friendship Collection, RM119

I’ll Be Therecoral undertone with a hint of brown yang paling nude antara tiga warna ini. Tips: Cantik pada kulit cerah dan medium. Jika kulit lebih gelap warna ini akan nampak sedikit pucat jadi pastikan kamu pakai sedikit makeup dan boleh juga dicampur dengan Good Listener untuk nampak lebih terang.

Syedewa X FerraRossa
Syedewa X FerraRossa I’ll Be There

Good Listenerpink undertone. This is the color you choose to give your face a pop of colour. Cantik pada kulit gelap kerana a berry undertone suits tanner or darker skin best. Tips: Untuk kulit cerah, jika tak mahu warna ini nampak terlalu terang, just apply a few dots, blend dengan jari for a stained effect.

Syedewa X FerraRossa
Syedewa X FerraRossa Good Listener

I Trust You – dusty rose, shade yang semua orang akan suka. Menurut Syedewa inilah warna yang paling versatil yang boleh naikkan seri wajah semua!

Syedewa X FerraRossa
Syedewa X FerraRossa I Trust You

“A dose of Syed…”

Persahabatan yang terjalin di antara kedua MUA (makeup artist) ini bermula pada tahun 2014, ketika Ferra mengikuti kelas solekan Syedewa yang merupakan idolanya. Menurut Ferra, Syedewa ni ‘sempoi’, lawak, ramah dan tak kedekut ilmu, dan mereka sama-sama orang Kedah! Tarikh lahir pun selang sehari. Kedua-duanya berbintang Virgo dan siapa yang kenal rapat dengan mereka tahu, Syedewa dan Ferra adalah perfectionist dan sangat terperinci. “Kalau buat sesuatu, mesti nak buat yang terbaik dan cerewet yang amat!” kata Ferra.

“Bila stress atau bosan, Ferra dan suami akan call Syed dan cakap we need a dose of Syed. Dia seperti ‘happy pill‘ kami.

“Ferra memberi inspirasi…”

Dalam perniagaan, kepercayaan itu penting dan atas dasar itulah terhasilnya koleksi edisi terhad Ultra Comfort Lip Matte ini. Menurut Syedewa, dia banyak berpandukan sokongan kawan-kawan baik dalam hidupnya dan Ferra antara sahabat yang banyak membantu serta memberi inspirasi dan kata-kata semangat. “Saya berbangga dan terharu dengan koleksi yang kami hasilkan ini kerana the meaning behind it is big. Tak semua orang yang berkawan boleh buat collection bersama-sama tanpa bergaduh… tak mudah. Jadi ini sangat istiewa. Ia melambangkan bagaimana kita hargai kawan kita, sanggup untuk berkorban ego masing-masing. It’s a beautiful thing,” kongsi Syedewa.

Friendship Inspire Beauty

Tarikh ini 21/01/21, daripada persahabatan yang terjalin sejak 7 tahu, Ferra Rossa Beauty dan Syedewa Cosmetics mempersembahkan Syedewa X FerraRossa Friendship Collection Ultra Comfort Lip Matte. Koleksi yang terhasil daripada a shared passion for perfection, ia lambang kasih sayang, sokongan dan kekuatan yang membakar semangat untuk mereka lebih maju dan menjadi insan yang lebih baik. Ia sebuah pesanan bahawa kasih sayang dan persahabatan mampu memberi inspirasi kepada kencatikan.

Gambar: FerraRossa, FerraRossa Beauty