Baik komestik mahupun produk penjagaan wajah, kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain.

Jadi bersempena Tahun Baru Cina, kami akan perkenal produk yang bakal menjadi pelengkap Tahun Baru Cina agar anda terus kekal segar pada 2021!

Nutox tampil dengan produk rawatan wajah terbaru, Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion, yang sesuai bukan saja untuk sejenis kulit tetapi untuk semua yang inginkan kelembapan kulit pada tahap optimum.

Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion diformulasikan dengan teknologi anti-penuaan yang menjadi ‘signature’ rangkaian produk kecantikan kulit ini. Kandungan oxyfusion yang sangat bermanfaat untuk menaikkan seri wajah serta sodium hyaluronate untuk penghidratan optimum serta ekstrak sarang burung bermanfaat untuk anti-penuaan. Sarang burung yang dikenali sebagai caviar of the east juga menjadi kegemaran masyarakat Cina dalam menyelesaikan masalah kecantikan kulit.

‘Merah’ bersemangat dengan produk kecantikan Sephora

Glamglow Youth Mud Glow Stimulating Treatment Mask, RM248.

Dengan formulasi tanah liat dan khasiat teh hijau, ia memberikan anda kesegaran wajah serta merta kepada si pemakai. Penuh antioksidan, campuran ini dilengkapkan lagi dengan minyak pati. Dilengkapi dengan Volcanic pumice rock iaitu ejen pengelupsan pada pelbagai peringkat ia akan mengasilkan kulit yang mulus dan lebih muda serta segar!

Dr. Dennis Gross Alpha Beta Extra Strength Daily Peel (Limited Edition),RM410

Chemical exfoliator ini mengandungi antioksidan dan vitamin yang akan menghapuskan kekeringan kulit, kulit kusam, kulit berminyak dan juga tona tidak sekata pada kulit anda! Kembalikan seri wajah anda dengan penggunaan yang konsisten. Liang pori akan kelihatan lebih kecil, garis penuaan akan semakin hilang dan kulit anda akan kelihatan bermaya dan seimbang tanpa rona tidak sekata!

Sephora Collection Ox Collection Metallic Lipstick in 01 Pop Red (Limited Edition), RM79

Tahun Baru Cina serba merah dan pasti lebih bersemangat dengan lipstik terbaru ini! Didatangkan dengan dua warna metallic, gincu satin ini mempunyai kemasan berkrim dan warna bold yang pastinya matching dengan cheongsam ataupun baju raya anda.