Wajah yang tampak menyerlah dengan penggunaan alat solek minimal serasi untuk digayakan bukan saja di Hari Perayaan malah cukup praktikal di gayakan setiap hari.
Untuk bersolek sebenarnya tak perlu pun jadi sesuatu yang rumit. Dengan essence cosmetics, semuanya terasa lebih fun, mudah, dan paling menarik hasilnya memang WOW dengan harga yang berbaloi. Koleksi kali ini menampilkan produk bestsellers bersama rangkaian terbaru Brighten Up!, yang lebih fokus kepada transformasi semula jadi dengan effortless. Cukup sesuai untuk gaya harian yang ringkas namun kekal berseri!
Mulakan hari dengan kulit flawless menggunakan BRIGHTEN UP! Cushion Foundation

Produk utama dalam rangkaian ini adalah . Bayangkan kanvas wajah tampak fresh dan sekata walaupun on-the-go. Formula dia ringan, tapi coverage boleh build ikut keperluan, dengan hasil akhir yang natural. Teksturnya pula mudah blend dan “melt” pada kulit, membantu melitupi cela kecil dan memberi efek kulit lebih cerah dan halus. Ia hadir dengan casing praktikal siap cermin dan applicato cukup mudah untuk touch-up bila-bila masa.
Tersedia dalam 4 shade: Honey, Sand, Creme, dan Almond.
Base yang smooth & sekata dengan BRIGHTEN UP! Perfecting Primer

Hadir dalam ton beige ringan membantu licinkan tekstur kulit yang tak sekata. Sekiranya anda mempunyai masalah kemerahan, versi hijau (01 Green) memang penyelamat! Ia bantu neutralize kemerahan dan seimbangkan tona kulit. Formula ringan dan melembap ini mampu memberikan hasil natural, sesuai dipakai sendiri atau sebagai base sebelum makeup untuk efek kulit lebih flawless.
Blush on-the-go yang comel & praktikal dengan Baby Got Blush! Stick

Nak nampak segar dengan cepat? Baby Got Blush! Stick adalah pemerah pipi bertekstur krim dalam bentuk stik yang sangat mudah digunakan. Hanya swipe dan blend terus untuk menaikkan seri pipi dengan warna yang semulajadi dan segar. Memang sesuai untuk quick touch-up!
Bibir lebih penuh & berkilau dengan Extreme Shine Volume Lipgloss

Untuk bibir pula, Extreme Shine Volume Lipgloss beri efek kilauan maksimum dan nampak lebih penuh. Teksturnya selesa dipakai dan sesuai untuk apa jua look natural atau glam.
Eyeshadow untuk gaya soft hingga glam The ROSE Edition Eyeshadow Palette

Hadir dengan 9 warna asli dan rosé yang highly pigmented. Ada kombinasi pusam dan metalik, jadi mudah nak create pelbagai look dari gaya harian yang lembut sampai ke makeup lebih bold untuk event.
Maskara untuk bulu mata lebih wow dengan I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara

Untuk kemasan sempurna, gunakan I LOVE EXTREME Crazy Volume Mascara bagi efek bulu mata yang lebih tebal dan dramatik. Dengan berus besar khas, setiap helaian bulu mata dilitupi warna hitam pekat dari sapuan pertama lagi. Hasilnya? Mata nampak lebih terbuka dan menonjol dengan effortless.
Kesimpulannya, koleksi ini memang sesuai untuk sesiapa yang nak nampak cantik tanpa perlu effort berlebihan. Simple, cepat, tapi tetap on point, itulah vibe sebenar essence!

