Miliki Bibir & Pipi Paling Manis Musim Ini dengan rangkaian essence Juicy Bomb dan Juicy Melon!
Siapa kata musim panas hanya untuk menikmati pantai dan aiskrim? Kini, anda boleh rasai vibe musim panas terus di wajah anda dengan rangkaian JUICY BOMB baharu daripada essence! Koleksi ini penuh dengan ‘rasa’ buah-buahan segar dan kilauan menggoda cukup untuk buat semua mata tertumpu pada anda.
essence JUICY BOMB Shiny Lipgloss
Bibir berkilau juicy tanpa rasa melekit? Yes, please! Lip gloss ini hadir dengan warna-warna lembut dan aroma buah-buahan yang buat anda rasa seperti menikmati smoothie tropika. Formulanya ringan namun memberi impak yang cukup memukau. Setiap olesan memberikan kemasan ultra-glossy yang menawan sekelip mata.
Apa yang lagi menarik, ia juga Clean Beauty approved! Menggunakan botol PE sebuah bahan dengan penutup yang diperbuat daripada sekurang-kurangnya 90% bahan kitar semula. Mesra alam dan mesra bibir!
Harga: RM9.70*
Kini boleh didapati di Watson’s, TikTok Shop, Shopee & Lazada
essence JUICY MELON Tinted Lip & Cheek Balm
Satu produk hadir dengan manfaat berganda! Juicy Melon Tinted Lip & Cheek Balm ini memberi sentuhan warna semula jadi pada bibir dan pipi dengan formula reaktif-pH, maksudnya ia akan menghasilkan warna yang serasi dengan tona kulit anda. Setiap sapuan ibarat efek “fresh flush” yang lembut dan semula jadi.
Tambahan pula, haruman tembikai dan beri segar membuat anda ingin memakainya setiap masa. Sempurna untuk digayakan setiap hari bagi anda yang ingin tampil effortless tapi tetap glowing!
Harga: RM22.70* (*Cadangan harga runcit)
MAKE BEAUTY FUN — Falsafah essence
Sejak tahun 2002, jenama dari Jerman ini berpegang pada satu prinsip iaitu Kecantikan sepatutnya menyeronokkan, mudah dan sesuai untuk semua!
Dengan lebih 90% produknya dihasilkan di Eropah, essence kekal setia dengan janji mereka iaitu 100% vegan, bebas mikroplastik dan tiada ujian ke atas haiwan.
Kerana bagi essence, kecantikan bukan tentang kesempurnaan, ia tentang ekspresi diri, keyakinan, dan sedikit kilauan buah-buahan di bibir!
Temui essence di semua cawangan Watson’s serta di TikTok Shop, Shopee dan Lazada. Bersedia untuk tampil fun, fruity, and fabulous dengan JUICY BOMB baharu anda!



