
OSiS+ kini hadir dengan packaging yang lebih segar, mewakili identiti setiap satu daripada anda. Unik dan fresh!
Bukan mudah untuk sesuatu jenama yang sudah lama bertapak di dalam industri penggayaan rambut memberi nafas baru dan berjaya meraih minat ramai.
Pelancaran semula jenama penggayaan rambut terkenal Schwarzkopf Professional, OSiS, hadir dengan kempen yang mewakili pelbagai individu dan personaliti. Dan itu menjadi tunjang relaunch OSiS kali ini.

Ternyata rambut boleh menjadi satu simbol ekspresi diri, disebabkan itulah rambut kita dipanggil mahkota setiap insan.
OSiS memahami bahawa kita semua mempunyai acuan yang berbeza. Setiap satu antara kita punya identiti, gaya dan personaliti tersendiri yang sedia untuk dibebaskan melalui pelbagai platform. Dan salah satunya adalah melalui penggayaan rambut!

Osis menawarkan produk yang mampu meraikan setiap personaliti secara tidak langsung untuk setiap jenis rambut juga. Baik yang mempunyai rambut keriting, lurus, frizzy, leper, kembang dan macam-macam lagi, semuanya tersedia untuk anda gayakan.

Bagi pelancaran semula OSiS+ ini, sebuah stor pop-up Clubhouse OSiS+ dibina untuk tontonan media, selebriti, pempengaruh, rakan-rakan salon dan juga orang awam!
Stor pop-up ini hadir dengan konsep berwarna-warni selaras dengan tema pelancaran ini ‘Fun & Playful’. Ia juga padat dengan aktiviti menarik di mana pengunjung boleh melakukan dandanan rambut, bermain permainan yang disediakan dan mencuba rangkaian produk OSiS+!

Hujan tidak menjadi penghalang untuk acara ini, para tetamu diusung ke acara seterusnya iaitu persembahan penggayaan rambut khas yang dihiburkan oleh model professional, penyanyi, beatboxer dan penari professional.

Para tetamu disajikan dengan persembahan pembukaan yang cukup memukau oleh penggaya rambut selebriti, Juno Ko.
Bertemakan rave dan biker, Juno berjaya menghasilkan gaya rambut yang unik dan bertenaga.
Bagi Juno ini adalah pentas untuk dia berkarya dengan bebas, cukup untuk menjadi simbolik pada pelancaran OSiS+ kali ini.

Duta Artistik Schwarzkopf Professional, Sky Ming Khai, dan Jimmy Cheng bergabung untuk menyempurnakan persembahan kedua yang bertemakan ‘Malaysian Fusion.’
Tema ini dipilih seiring dengan bulan hari kebangsaan Malaysia dan Singapura, melambangkan kepelbagaian dan meraikan kecantikan inklusiviti daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami cukup teruja dapat mempersembahkan rangkaian OSiS+ yang baru kepada pelanggan setia kami. OSiS+ meraikan kepelbagaian, keunikan, dan kreativiti.
Rangkaian ini sesuai untuk gaya apa pun yang anda ingin kecapi dan selebihnya hanya serlahkan personaliti anda. Itulah yang dimaksudkan Clubhouse OSiS+.
Kami ingin memberikan anda peluang untuk meneroka, menyerlah dan mengekspresi diri dengan berseronok,” kata Richard Gan, Pengurus Besar Henkel.