Tak boleh bawa ibu bercuti tak apa. Kami ada senarai hadiah Hari Ibu yang luar biasa dan istimewa untuk insan yang paling anda sayang.

The gift for cool mums

Dyson hadiah Hari Ibu for cool mums
Hadiahkan ibu Dyson Supersonic Hair Dryer and be her favourite! LOL

Ibu mesti suka warna fuchsia especially Dyson Supersonic hair dryer edisi terhad warna fuchsia/nickel ni! Senanglah nak keringkan rambut dengan pantas sambil memelihara rambut. Sekali-sekala saya pinjam! Sempena Hari Ibu, pengering rambut ini hadir bersama sikat anti-kusut serta Barrel Brush pada harga RM1,799. Bukan sahaja pengering, Dyson turut memperkenalkan gifting set sempena Hari Ibu yang menampilkan Airwrap Styler dengan pouch khas pada harga RM2,199 serta Corrale Straigthener yang juga ada sikat dan berus, pada harga RM2,199. Dapatkan di Dyson Demo Stores atau dyson.my

Fit for a Queen!

Memang bukan biashe-biashe ini untuk Ratu! Omorovicza Queen of Hungary Evening Mist RM299, 50ml

‘Mama you’re the queen of my heart…’ ‘Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku..’. Versi English ada versi Melayu pun ada. Terbukti ibu memang Queen! Omorovicza Queen of Hungary Evening Mist ini sesuai juga dihadiahkan pada ibu agar dia tidur cantik, bangun lebih cantik! Semburan kulit sebelum tidur ini mengundang lena serta mengembalikan keseimbangan kulit dengan minyak lavender, antioksidan serta melatonin yang bertindak melegakan dan memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Apa kena mengena dengan Queen? Ia diinspirasikan daripada Queen of Hungary Water, wangian yang pertama dirumuskan untuk Queen Elizabeth of Hungary pada kurun ke-14. Semoga ibu tidur lena dan bangun cantik hari-hari!

Spa di rumah je…

hadiah hari ibu for gadget savvy mums
Foreo UFO 2 untuk Mak selamat spa di rumah.

Dulu bila ibu bersiap depan cermina, pakai krim di wajah, kita pun sibuk kat sebelah, untung nasib dapat pakai sama. Dari kecil ibu ajar kepentingan melembap kulit dan kalau kita buat tak endah maka bersedialah untuk penuaan pra-matang serta ketaksempurnaan kulit lain. Dulu ibu rawat wajah pakai jari, sekarang hadiahkan Foreo UFO 2 untuk meningkatkan keberkesanan penjagaan kulitnya sambil menikmati ketenangan seperti spa di rumah. FOREO Official Store on Lazada, Sephora.my, FOREO Official Store on Zalora

Shower mum with your love

Tujuh barang di dalam set ini (RM340) untuk mak belai diri.

Ok mungkin lebih kepada bathtub session bukan shower. Kalau anda keliru nak pilih yang mana di Lush, pilih saja salah satu daripada gift set yang dah sedia seperti Happy Mother’s Day Gift set ini. Ingat ibu tak pandai ke rendam-rendam dalam bathtub? Mesti dia gembira dapat relaks dengan aroma bath bombs, bath gel yang menarik. Biar ibu mandi lama sedikit tapi kalau terlalu lama pergi ketuk pintu tau! Takut terlena dia dalam tu.

Haruslah ada perfume!

hadiah hari ibu wajib!

Sementara wangian adalah hadiah yang paling biasa orang berikan, Bvlgari Omnia Capsule Edition by Mary Katrantzou ini cukup luar biasa! Pereka fesyen itu bekerjasama dengan Master Perfumer Alberto Morillas untuk menghasilkan wangian yang menyuntik keceriaan pada koleksi Omnia. Seceria botolnya, wangian ini bermain dengan nota floral gardenia serta mandarin dan orange blossom, kesegaran daun fig dan juga blond wood serta musk accord. Kami hanya boleh bayangkan betapa segarnya wangian ini tapi jangan biar ibu bayangkan sahaja, belikan terus! Dapatkan di Bvgalri department stores, Zalora.my and Sephora.my bermula 1stMay 2021 pada harga RM452.

Buat ibu awet muda

Mengandungi bahan aktif seperti peptida dan asid hyaluronik,
rangkaian Time-Filler Filorga ini diilhamkan secara langsung oleh teknik perubatan estetik seperti suntikan filler untuk memperbaiki semua jenis kedutan dan memerangi dengan berkesan kesan berlalunya masa. Tak payah ibu cucuk-cucuk. Set ini mengandungi Time-Filler Absolute Correction Wrinkle Cream, 50g, Time-Filler Absolute Eye Correction Cream, 4ml, dan Time-Filler Multi Correction Wrinkles Night Cream, 15ml, berharga RM330.00, dan boleh didapati di flagship store FILORGA di Lazada.com.my