Siapa yang tidak mahu kulit cantik yang mulus berkilau seperti Korean Glass? Jom cuba dengan penggunaan produk dari jenama kecantikan Korea, barenbliss.

Pernah dengat mata berkaca? Seperti mata bundar gadis anime, sekarang bayangkan kulit pula yang berkaca-kaca memberi refleksi glowing yang memukau! Itulah kulit idaman setiap wanita, kini  bukan lagi setakat mulus sahaja, wanita sekarang inginkan kulit yang berkilau seolah memberi refleksi ‘Korean glass skin’! 

Berita baik buat anda, kami sudah cuba pelbagai jenis asas solekan dari barenbliss dan kami senaraikan di sini 3 produk yang mampu menghasilkan kanvas wajah seperti ‘Korean Glass’! Tak percaya jom cuba!

1. barenbliss Bloom Vegan Bare Nude Tinted Moisturizer

Pelembap berwarna ringan yang berasaskan bahan vegan. Ia bertindak sebagai pelembap + pelindung matahari + foundation ringan.

Fungsi & Kebaikan:

  • Memberi perlindungan SPF50+ PA+++ daripada sinaran UVB, UVA dan cahaya biru.
  • Mengandungi 10x Ekstrak Alga Vegan dan Retinol-VC untuk melembapkan, merawat dan mencerahkan kulit.
  • Memberikan kemasan dewy (bercahaya) dan ringan seperti ‘glass skin’, tidak melekit dan sesuai untuk dipakai setiap hari.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif atau berjerawat.

2. Bloomatte Perfect Zoom Cover Cushion

Cushion foundation yang memberi litupan sederhana hingga penuh dengan kemasan pusam semula jadi.

Fungsi & Kebaikan:

  • Menutup cela, kemerahan dan pori untuk tampak flawless.
  • Memberi kemasan halus dan pusam, sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi.
  • Mudah dibawa dan senang digunakan untuk touch-up.
  • Mengandungi bahan penjagaan kulit seperti niacinamide untuk bantu merawat dan melindungi kulit semasa memakai solekan.

3. barenbliss Moist Mochi Paste Powder Blush

Pemerah pipi dengan tekstur mochi paste yang lembut dan lembap, tetapi hasilnya seperti bedak yang sangat ringan seperti tidak pakai apa-apa.

Fungsi & Kebaikan:

  • Menjadikan pemerah pipi yang semula jadi dan tahan lama.
  • Tekstur creamy-to-powder — mudah mesra, tidak bercapuk.
  • Mengandungi bahan pelembap supaya kulit tidak kering.
  • Sesuai untuk look harian yang segar dan ceria.

Jom cuba ketiga-tiga produk ini! Jika inginkan kemasan kulit yang lebih optimum jangan lupa layangkan sedikit highlighter, tentu lebih glowing!