Apa ada hal… Dengan formula Advanced Night Repair, 3 minggu dah cukup untuk kamu nampak lebih muda, segar bugar, cantik berseri!

Siapalah yang tak suka atau mahukan result yang cepat bila menggunakan sesuatu produk perawatan kulit. Kalau boleh, harini pakai esok dah menjadi! Tapi realitinya tidaklah sepantas itu kulit kita bertindak balas namun the new release daripada Estee Lauder sudah cukup menggembirakan dengan kesan yang ketara dapat dilihat secepat 3 minggu. Nak kahwin lagi 3 minggu? Sempatttt. Nak travel lagi 3 minggu? Sempatttt (cuma belum tentu kamu boleh ke mana-mana dalam masa tiga minggu terdekat ini ya). Tak perlu ada alasan apa-apapun untuk kulit yang cantik, Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex baru akan pasti memperbaharui penampilan kulit kamu selepas 3 minggu.

Estee Lauder ANR baru akan dilancarkan pada 1 Ogos 2020.

Kalau ada yang belum tahu atau pernah cuba, Advanced Night Repair atau ANR bukanlah baru dalam indsutri kecantikan. Ia boleh dianggap ‘ruji’ di meja-meja solek serta kabinet produk seluruh dunia! Pengguna-penggunanya setia ya! Dari pertama kali diperkenalkan pada 1982 hinggalah sekarang, 38 tahun kemudian, formula ini telahpun dipertingkatkan sebanyak 4 kali! Tahun 2020 menampilkan ChronoluxTM Power Signal Technology.

Diilhamkan oleh sains epigenetik, teknologi eksklusif ini, termasuk pengaktif molekul pensijilan mikro baru yang sedang menunggu paten, dikuasakan oleh campuran ekstrak yis, peptida, dan bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan untuk membantu kulit memaksimumkan pembaikan semula jadi dengan cepat dan meningkatkan kekuatan penjanaan kulit.

• Membantu menyalakan rangkaian pembaikan yang dinamik dan bersambung untuk membantu mempromosikan proses pembaikan semula jadi kulit.

• Membantu menyokong penyegerakan semula jadi proses pembaharuan kulit sehingga pembaikan kulit tepat pada waktu yang tepat – pada waktu malam, dan memaksimumkan irama pembaikan dan perlindungan malam dan siang semula jadi kulit.

• Menyokong proses pemurnian semula jadi yang membantu sel kulit menghilangkan serpihan dalaman mereka sendiri, yang merupakan sumber utama kerosakan sel.

• Membantu meningkatkan pembaharuan sel kulit semula jadi dan penciptaan sel kulit baru yang segar sebanyak 43%.

• Membantu meningkatkan penghasilan kolagen secara semula jadi.

Lihat halaman sebelah…