Pastikan anda sentiasa segar sepanjang hari tidak kira di rumah, mahupun di luar dengan produk mandian yang membelai tubuh serta rambut dengan penuh kasih sayang!

Adakalanya nak mandi pun harus ada mood dan produk mandian yang ceria dengan aroma segar mampu membangkitkan mood untuk kita lebih rajin mandi! Ceriakan kamar mandi serta jadikan sesi mandian harian sesuatu yang menggembirakan dengan rangkaian produk mandian rambut dan tubuh summerie yang diperkaya dengan minyak organik biji bunga matahari.

Source: Photo by bruce mars on Unsplash

Apa manfaat minyak organik biji bunga matahari?

Bunga matahari bagaikan simbol keceriaan serta musim panas dengan warna kuning terangnya tetapi bukan itu sahaja. Ia juga mengandungi pelbagai manfaat dan khasiat daripada bijinya, menjadikan produk summerie pilihan yang baik untuk kulit serta rambut anda.

Rangakaiannya kaya dengan vitamin A, B,C serta E dan juga mineral seperti zat besi, potassium serta kalsium. Biji bunga matahari juga kaya dengan nutrien penting, antioksida serta asid lemak. Semua ini membelai dan merapikan rambut agar lebih sihat, lembut berkilauan dan juga lebih kuat. Kulit pula lebih terpelihara dengan kandungan Omega-6 yang merangsang sel kulit barus agar sentiasa kelihatan muda.

Penjagaan rambut yang mana untuk anda?

summerie Shampoo, RM17.90 each and Conditioner, RM13.90

Syampu serta perapi summerie mempunyai penutup berwarna biru dan warna botolnya yang ceria mencerminkan bahan utama yang terkandung di dalamnya seperti minyak oragnik Golden Jojoba yang melembutkan dan menyihatkan kutikel rambut, menjadikan ia lembap, sihat serta berkialauan, selain minyak organik biji bunga matahari yang kaya dengan Omega-9, vitamin serta antioksida. Anda mempunyai pilihan syampu untuk masalah kelemumur, rambut berminyak, rambut kering, rambut normal dan juga perapi untuk semua jenis rambut. Aroma setiap satu cukup segar dan harum membuatkan rambut lebih bermaya. Lebih meyakinkan, setiap satu daripada syampu dan perapi summerie mengandungi lebih 95% bahan daripada sumber semula jadi serta bebas silikon.

4 pilihan gel mandian segar

summerie Body Wash, RM17.90 each

Rangkaian gel mandian summerie pula boleh anda bezakan dengan penutupnya yang berwarna hijau. Grapefruit, Chamomile, Passion Fruit serta Ginger… Sukarnya membuat pilihan! Yang pasti, kami mahu semuanya. Aroma segar dan lembut membangkitkan semangat dan keyakinan, bermula dari kamar mandi, membawa ke sepanjang hari!

Pilihan selamat seisi keluarga

Kesemua produk penjagaan rambut serta tubuh Summerie mengandungi lebih daripada 94% bahan dari sumber semula jadi di dalam setiap botol. Tiada ruang untuk bahan-bahan yang tidak memberi manfaat seperti SLS dan SLES, bebas paraben dan minyak mineral, tanpa silikon mahupun pewarna sintetik, tiada juga MEA, DEA ataupun TEA, dan sama sekali tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Anda boleh gunakan Summerie tanpa was-was dan yakinlah ia selamat untuk seisi keluarga anda!

Mungkin percutian ke pantai agak sukar jadi kenyataan buat masa ini, tetapi anda boleh ‘lari’ seketika dibuai aroma segar ceria summerie kala mandi! Jom mandi?

Dapatkan rangkaian produk summerie di Guardian serta Tesco berdekatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.summerie.my ataupun ke Instagram & Facebook: @SummerieMY

Header image: Photo by Jan Gottweiss on Unsplash