Nampaknya masih ramai yang kurang jelas tentang wujudnya permasalahan maskne!
Mungkin antara hikmah PKPB dilanjutkan dan diperluaskan lagi kawasan yang terlibat adalah kita tak payah keluar, tak payah pakai mask dan tiadalah masalah maskne! Geram betul bila jerawat bersusun di bahagian rahang, pipi, dagu… pendek cerita, bahagian wajah yang dilitupi mask! Suka atau tidak, kita tetap harus pakai mask namun tak bermakna ia tidak boleh diatasi. Cuba ‘berkenalan’ dahulu dengan maskne dan kemudian ambil langkah-langkah yang perlu untuk menghindrainya…
Semua yang anda perlu tahu tentang maskne!
Oh no! Nampaknya masih ramai yang kurang jelas tentang wujudnya permasalahan maskne!
Ia ialah gabungan daripada mask+acne yang secara spesifiknya merujuk kepada keadaan kulit yang berjerawat oleh sebab pemakaian penutup muka. Maskne kebiasaannya tumbuh disekitar kawasan yang dilitupi oleh mask si pengguna iaitu dari tulang pipi hingga ke dagu. Kini dengan kehidupan norma baru, topeng muka sangat kerap digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya di tempat awam sekarang. #newnormal
Bagaimana maskne terbentuk?
Pemakaian mask pada jangka masa yang lama akan menyebabkan kulit susah untuk bernafas dan memerangkap peluh dan minyak sehingga menyebabkan liang-liang pori kulit tersumbat lalu terhasil lah jerawat yang tidak diingini. Jangan risau ada caranya untuk memastikan bakteria tidak berparti di sebalik mask itu.
Cara untuk mengelakkan maskne
Pilih penutup muka yang mesra kulit
Topeng muka berasaskan material yang kalis air dan kasar dikulit akan merengsakan kulit dan menyebabkan peluh terkumpul lantas membantu penumbuhan jerawat. Oleh itu, penggunaan cotton mask ( seperti Zalora Reusable Cotton Face Mask, RM14) sangat digalakkan untuk membantu penyerapan lembapan selain daripada fungsi bahan yang lembut di kulit.
Jaga kebersihan
Kitar semula amat digalakkan tetapi tidak untuk penutup muka. Mask hendaklah dibersihkan selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan kotoran atau lebih teruk lagi, kuman yang sedia ada padanya akan berpindah kepada kulit. Merisaukan bukan? Tidak lupa juga jika anda menanggalkannya untuk sementara waktu ketika hendak makan dan minum, mask disimpan di tempat yang bersih dan mensanitasinya sebelum dipakai semula (spray sahaja dengan disinfectant yang kamu ada tu). Lagipun banyak jenama tempatan telah menghasilkan pelbagai aneka ‘mask holder’ untuk prosess pemakaian yang lebih selamat dan praktikal. Milliot & Co. Face Mask Casing ada banyak pilihan menarik (they’re on sale now!)
Amalkan rutin penjagaan muka
Jika sebelum ini penjagaan muka adalah prioriti, kini ianya lebih penting dikala pandemik melanda. Pastikan muka anda bersih dan lembab sepanjang masa terutamanya selepas membuang mask supaya segala minyak dan kotoran akan hilang dan pembentukan jerawat akan terhalang. kandungan yang bagus di dalam pencuci muka yang bagus untuk merawat jerawat adalah seperti asid salisilik, asid glikolik dan juga benzoyl peroxide.
Kurangkan solekan
Bukan nampak sangat pun sebab kita pakai mask kan? Tiada siapa yang boleh menilai disebalik penutup muka itu. Pemakaian makeup ternyata akan menyiksa liang-liang pori dengan menutupnya dibawah lapisan penutup muka yang sedia ada. Kulit anda tidak akan dapat bernafas melalui lapisan yang tebal lalu membentuk jerawat.
Semestinya mencegah jauh lebih baik daripada merawat. Siapa kata kecantikan tidak penting walaupun dalam keadaan sebegini? Patuhi SOP, stay safe and slay!