Bila dan buntu tak tahu apa punca dan cara mengatasi, inilah masa untuk anda dapatkan jawapan daripada pakar. Dan di sini kami ada jawapannya!
Pernah tak anda alami keadaan di mana tiba-tiba saja kulit berjerawat! tiada angin tiada ribut muncul beberapa ketul jerawat di wajah! Nak kata ‘it’s the time of the month’ bukan lagi waktunya. Bila dan buntu tak tahu apa punca dan cara mengatasi, inilah masa untuk anda dapatkan jawapan daripada pakar. Dan di sini kami ada jawapannya!
Apa nak buat kalau kulit berjerawat?
Ia bukanlah perkara yang pelik sebenarnya, saya sendiri kerap mengalaminya. Kalau dulu sebab selalu keluar dan hari-hari ke pejabat mestilah selalu bersolek.
Sekarang ni pula sepanjang PKPB ni boleh kata saya sering membeli produk-produk penjagaan kulit dan alat solek secara online, maklumlah lepas satu-satu sale diadakan, rugilah kalau tak beli! Maka wajah pun menjadi mangsa olesan mekap. Sudahlah kulit sememangnya meragam akibat hormon yang tidak menentu.
Tapi tahu tak tidak semua masalah kulit boleh diselesaikan dengan produk penjagaan kulit baik yang mahal ataupun produk farmasi. Produk penjagaan kulit yang dahulunya it works like magic, kini tidak memberi kesan apa pun.
Jadi ini adalah apa yang saya cuba, dan mungkin untuk mendapat kesan yang sempurna mengambil sedikit masa, tapi yang pasti ia ternyata memberi progres yang baik.
1. Konsultasi Doktor untuk kulit berjerawat
Ada 2 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mendapatkan konsultasi doktor. Pertama anda perlu bersedia untuk mengambil preskripsi ubat kerana ada masalah kulit yang sebenarnya dari dalaman badan sendiri. Seperti keadaan kulit saya, penghasilan minyak yang berlebihan ke atas kulit yang kering menyebabkan terhasilnya komedon.
Jadi ubat oral perlu untuk mengawal penghasilan minyak dari dalam kulit. Kedua, setiap rawatan mengambil masa, jadi anda perlu disiplin dalam memenuhi temujanji anda bersama doktor.
Temujanji saya bersama Dr Sunita dari klinik Nathan memberikan saya beberapa rawatan dan preskripsi ubat.
Kesannya boleh dilihat dalam beberapa hari, pori-pori lebih kecil, tesktur kulit juga lebih sekata. Preskripsi ubat yang disarankan adalah accutane dan antibiotik, ia adalah antara ubat untuk mengurangkan komedon atau jerawat. Namun perlu berhati-hati kerana ia mempunyai kesan sampingan sekiranya anda mengandung. Namun bagi yang tidak, ia adalah cukup selamat.
Cuma anda mungkin akan mengalami kekeringan kulit dan sedikit terhidrat. Kata Dr Sunita, jika faktor seperti pengambilan gula, sukar tidur dan kurang minum air bukanlah faktor utama anda mengalami masalah kulit, jadi ia tentu dari dalaman sendiri.
2. Guna penjagaan kulit berasaskan air
Cuba gunakan pelembap atau serum dengan tekstur yang lebih ringan yakni berasaskan air, bebas paraben, minyak dan sulfat. Ia bersifat lebih ringan pada kulit malah tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat.
3. Solekan Minimalis
Terhadkan solekan anda setiap hari bagi memastikan kulit anda boleh bernafas. Sebagai alternatif boleh cuba tinted moisturizer sebagai asas wajah, lip tint sebagai pemerah pipi, dan alat solek lain? Feel free to use! (maskara, penggaris mata dan pensil kening sahaja)
4. Minum banyak air
Ini mungkin nasihat yang agak klise, tapi mesti anda degil masih tak buat bukan? Disebabkan itulah nasihat ini perlu diingatkan berkali-kali! Minum air banyak-banyak kalau boleh 8 gelas sehari! Betul ia mampu menyelamatkan kulit anda serta menjadikan badan lebih sihat.
5. Elakkan jari selalu sentuh kulit
Memang ini tabiat yang susah nak buang. Tapi bukankah sejak musim pandemik ini anda dah boleh membiasakan diri dengan SOP, yakni mesti kena basuh tangan dengan kerap, pakai hand sanitizer dan elak menyentuh muka dengan kerap. Jadi, anda pasti boleh! Kekotoran dari tangan bila hinggap pada wajah campur pula dengan minyak yang dikeluarkan, memanglah seronok jerawat nak muncul, maka terjadilah fasa kulit berjerawat.
Great write-up 🙌
Thank you 🙂 hope it helps