Sudah tiba masanya untuk kamu ‘level up’ produk mandian kamu itu.
Percayalah, mandian yang puas dan nyaman mampu menceriakan hari-hari kamu. Setelah seharian keluar bekerja atau juga seharian di rumah menguruskan hal anak, keluarga dan rumah tangga, pastinya kamu mahukan sesuatu untuk diri sendiri di penghujung hari. Sudah tentu apa yang kamu mahukan itu ialah suatu mandian yang nyaman dan menenangkan. Mandian yang indah bukan sekadar tentang meluangkan masa berendam di dalam tab mandi mewah, tetapi segalanya terletak pada pilihan produk mandian kamu itu. Mari kami senaraikan 5 produk mandian pilihan kami.
Tetapi sebelum itu, mari kami kongsi bagaimanakah caranya untuk mendapatkan mandian yang sempurna. Percayalah, jika kamu mandi dengan cara yang betul, silap hari bulan, kamu akan keluar dari kamar mandi dengan wajah yang bersinar serinya, rambut yang sihat serta tubuh yang segar. Semua bergantung kepada teknik mandian kamu.
Jangan skrub tubuh secara melampau
Seperti kita tahu, rutin skrub mampu membuang sel kulit mati di permukaan tubuh kamu. Selain itu, ia mampu mempromosi pertumbuhan sel kulit baru. Lantas membuatkan tubuh kamu tampak lebih cerah dan berseri. Namun, tidaklah seharusnya kamu skrub tubuh kamu setiap hari. Ada yang seakan ketagih ya dengan rutin ini. Jangan! Lakukan hanya sekali atau dua kali seminggu sahaja. Jika tidak, kulit kamu akan mudah meradang.
Cuci muka kamu di sinki
Cuci muka di sinki lebih senang untuk kamu kawal. Ini kerana teknik cuci muka yang betul adalah dengan membasuh muka menggunakan air hangat. Ketika itu segala liang pori di wajah akan terbuka dan memudahkan produk meresap masuk ke dalam kulit. Kemudian dibilas dengan air sejuk. Jika kamu sekalikan sewaktu air membasahi tubuh, tidaklah teknik basuhan muka kamu itu tadi terlaksana dengan baik.
Pilih suhu air mandian yang betul
Seperti muka, suhu air mandian untuk tubuh kamu juga harus dititikberatkan. Ramai yang masih keliru, suhu air yang bagaimana sesuai untuk mandian segar. Yang terbaik sekali ialah air suam hangat. Ia tidak akan membuatkan kulit kamu menjadi kering. Akan tetapi, ingat, jangan pula mandi dengan air panas kerana suhu air sebeginilah yang membikin minyak semulajadi di tubuh hilang begitu sahaja.
5 Produk Mandian Pilihan Kami
Sephora Collection Wild Wishes Shower Cream Capsule Set (Edisi Terhad) RM58
Frank Body Shower Party Kit RM95
Drunk Elephant The Littles Head to Toe Bath Set RM212
OUAI Body Cleanser RM135/300ml
Jo Malone London English Pear & Freesia Body & Hand Wash RM218/250ml