Sekian lama tak bersua muka, of course I said yes untuk bersama dua teman yang dirindui mencuba RMCO Relaxing Facial terbaru di AsterSpring!

Sudahlah lama tak buat facial, lama juga tak berjumpa dua orang sahabat saya Anida Salwani, mantan Editor Jelita dan juga my ex editor, Nisa Halid yang kini sibuk berjalan merata demi cinta barunya Hipshut.com … Dan lebih istimewa, it was also my birthday! Sesuai sangatlah waktunya kami bertemu sempena pembukaan AsterSpring terbaru di Alamanda, Putrajaya.

AsterSpring RMCO Relaxing Facial menunggu anda

Tak pasti dengan anda semua tetapi rawatan facial antara perkara yang saya rindu (perlu) sangat sejak PKP dan RMCO Relaxing Facial boleh dikatakan just the right kind of facial untuk mula semula. Tak terlalu renyah dengan pelbagai langkah dan kaedah, seperti namanya ia membolehkan kita bertenang seketika dengan AsterSpring signature massage pada wajah, mata, leher dan bahu sambil wajah dibersihkan, diurut, dibelai dan dikembalikan serinya. Simple tetapi cukup memuaskan. (Elaine, Head Therapist di AsterSpring pun puas juga dapat godek blackheads yang dah lama simpan ni!) Dalam anggaran sejam, kami bertiga keluar lebih relaks, wajah masing-masing glowing!

AsterSpring facial day untuk kami bertiga

Terima kasih pada AsterSpring kerana memberi peluang kami bertiga catch up, lepak, have a good facial, siap dengan a small birthday celebration selepas itu. Terharu! Saya selalu berangan sesuatu seperti ini bersama teman-teman, ‘a spa day with friends‘. Walaupun bukan spa, facial pun best juga. Dalam kita mengeluh RMCO bersambung, ada juga sesuatu yang boleh kita manfaatkan seperti AsterSpring Relaxing Facial ini!

Ada yang tinggal di Putrajaya? Silakan ke AsterSpring Alamanda untuk RMCO Relaxing Facial, RM118 yang pasti takkan mengecewakan. Harga itu istimewa sementara masih dalam tempoh RMCO ya. Harga biasa adalah RM198. Bolehlah ajak dua atau tiga orang teman sekali for a girls’ day out, atau ‘lari’ belai kulit ketika lunch hour, carilah apa-apa alasan saja untuk buat facial treatment. Semua alasan diterima :). Yang penting sentiasa jaga jarak sosial ok. #kitajagakita