Kami senaraikan bagaimana cara menghilangkan jerawat batu dengan pantas dan berkesan.
Stres jadinya bila jerawat batu tiba-tiba muncul. Perasan tak, paling ‘dia’ suka muncul bila kita dalam keadaan stres atau banyak berfikir. Kadangkala, buntu jadinya memikirkan bagaimana cara menghilangkan jerawat batu ini.
Paling tak best bila tiba hari penting seperti hari pernikahan atau majlis-majlis penting bukan main rancak dia tumbuh terutama di bahagian T-Zone yang memang tidak mampu disembunyikan daripada pandangan mata orang.
Biasalah, bila nak kahwin, pelbagai perkara perlu difikirkan, jadi antara sebab munculnya jerawat adalah perubahan hormon yang disebabkan oleh stres. Daripada terus bermuram durja, baik cari jalan menghilangkan jerawat batu dengan pantas dan berkesankan?
Cara menghilangkan jerawat batu, mudah saja!
Pelbagai petua dikongsikan bagi membantu mereka yang memerlukan cara menghilangkan ‘si kecil’ ini. Sudahlah suka tumbuh di tempat sensitif, sakitnya tidak kurang juga.
Bila ia tumbuh terutama di bahagian kening atau pipi, tersentuh sedikit pun sudah rasa sakit!
Jerawat ini tidak kiralah jerawat batu yang bernanah atau jerawat pasir, kehadirannya kadang kala membuatkan kita rasa rendah diri dan segan mahu berjumpa dengan orang. Walaupun ada yang merasakan perkara itu perkara remeh, tetapi ia sedikit sebanyak mengganggu.
Ia sedikit sebanyak menganggu keyakinan diri terutama ketika mahu hadiri sesi temuduga atau ada presentation di hadapan orang yang tidak pernah kita jumpa memang tidak dinafikan boleh hilang keyakinan diri! Jadi jom belajar cara bagaimana mahu hilangkan jerawat batu ini!
- Jangan cuba picit!
Jika ada jerawat, ini paling pantang dibuat jika tidak mahu ia jadi lebih teruk. Tapi geramkan? Selagi tak keluar benda yang orang selalu panggil ‘nasi’, selagi itu hati tak puas. Tetapi hakikatnya, perbuatan memicit jerawat ini akan membuatkan kesannya lebih teruk.
Anda tidak tahu sejauh mana bersihnya tangan yang digunakan untuk memicit jerawat itu. Segala bakteria dan kuman di tangan anda akan beralih ke kawasan jerawat yang akan membuatkannya menjadi lebih bengkak dan teruk.
2. Tuam ais di kawasan jerawat dirasakan akan tumbuh
Kadangkala kita boleh rasa bila jerawat baru nak tumbuh. Jadi bolehlah buat tuaman ais di kawasan yang berkaitan.
Seperti menekap ais di kawasan buku lali yang cedera, begitulah anda boleh tekap ais di kawasan jerawat! Tips ini selalu diberikan ‘mak andam’ atau make up artist kepada bakal pengantin jika jerawat batu tiba-tiba muncul ketika hari bahagia!
Ia akan mengurangkan bengkak yang bernanah dan tidak menimbulkan kesan merah yang ketara kepada kawasan yang ditumbuhi jerawat.
3. Gunakan pencuci muka mengandungi salicylic acid
Gunalah pencuci muka yang mengandungi salicylic acid. Ia membantu mengecutkan jerawat dengan membuang minyak berlebihan, menghilangkan sel kulit mati dan mengeringkan jerawat.
Yang disyorkan adalah pencuci yang mengandungi 0.5 peratus hingga 2 peratus kadar salicylic acid.
4. Gunakan pelembap muka bebas minyak
Kulit muka yang berjerawat perlu dipakaikan pelembap muka sentiasa bagi memastikan ia tidak kering.
Tetapi pelembap yang dipilih haruslah bebas minyak bagi mengelakkan minyak yang berlebihan masuk ke liang roma dan menyebabkan jerawat!
5. Gunakan krim merawat jerawat
Ada banyak krim merawat jerawat dijual di pasaran. Pilihlah yang mengandungi kepekatan benzoil peroksida (benzoyl peroxide) sebanyak 2.5, 5 hingga 10 peratus.