Apa yang anda boleh buat apabila sudah lewat untuk menghadiri sesuatu, tetapi tetap mahu tampil menawan? Jom belajar cara makeup simple!

Memang ada wanita yang suka makeup tebal, tetapi tidak kurang juga yang lebih memilih untuk mendapatkan makeup yang simple saja!Walaupun simple, sedap mata memandang.

Tak nampak pucat atau cacat celanya, malah yang memandang juga tenang saja.

Cara mekap simple tapi tetap cantik!

Source: intro.com

Tidak semestinya jika makeup tebal itu cantik, ada yang jenis wajah memang sesuai dengan makeup yang nipis saja.

Cuma makeup simple ini perlu kena dengan caranya, barulah nampak sedap saja mata yang memandang.

Jom baca bagaimana cara mekap simple yang anda boleh cuba. Kadangkala bila sudah terlewat ke pejabat, malu rasanya dengan muka yang kosong tanpa secalit solekan, tetapi dengan cara ini, tiada lagi gundah dihati!

#1. Gunakan pelembap dengan SPF

Menurut artikel dalam says.com, dengan pelembap muka anda akan nampak lebih segar. Jika tidak mahu gunakna concealer atau foundation, yang mungkin ambil masa untuk diratakan, gunakan saja pelembap!

Ada pelembap dengan SPF 50 yang mampu melindungi kulit anda daripada bahaya sinar UV.

#2. Warna lipstick yang lebih terang

Anda boleh cuba pakai lipstick yang berwarna terang. Lipstik warna terang akan menaikkan seri wajah anda. Dengan warna yang betul anda sudah boleh nampak menyerlah!

Jadi anda tahu, lipstick adalah senjata untuk menampakkan anda tampil berseri walaupun dengan makeup yang simple! Tak perlu tebal-tebal ya! Di samping jimat masa, dengan petua ini juga anda boleh kurangkan pelaburan untuk bahan solekan yang boleh tahan juga harganya di pasaran.

Ada yang mungkin tak berani pakai lipstick warna terang, tetapi anda patut cuba lepas ni ya!

#3. Gantikan foundation dengan CC Cushion

Satu lagi tips yang menarik adalah anda hanya perlu gunakan CC Cushion Foundation tanpa perlu menggunakan foundation langsung.

Dengan CC Cushion, anda boleh meratakan tona kulit sebab CC Cushion ini merupakan color correcting cream.

Jadi, ia akan menutupi parut dan juga bintik-bintik hitam di wajah. Boleh juga tambah blusher atau bronzer untuk tampak lebih cantik.

Lebih mudah kan? Tak perlu ambik masa sapu foundation tetapi bintik hitam di wajah sudah boleh disembunyikan!

#4. Gunakan maskara!Hampir lengkap dah make up anda!

Gunakan maskara. Ia sama seperti lipstick. Sapukan saja maskara anda boleh lihat perubahannya.

Tak perlu eyeshadow pun. Anda boleh guna maskara untuk bahagian mata. Memang nampak lebih natural. Anda juga digalakkan guna maskara yang lebih volume untuk bulu mata nampak lebih tebal seperti maskara.

#5. Kening mesti on point!

Kalau tak nak nampak over, anda boleh elakkan warna hitam. Guna warna coklat atau coklat gelap.