Jom ikuti tips mereka ini yang kekal positif dan energetik walaupun dalam PKP 2.0.
Pengasas jenama tempatan atau produk keluaran tempatan antara yang pasti terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kali ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.
Bagaimanapun, tinjauan di laman instagram dan portal beberapa jenama tempatan mendapati PKP 2.0 seolah-olah ‘tidak wujud’. Ia seolah-olah langsung tidak ‘mematikan’ semangat mereka untuk terus kekal berdaya saing dalam ekonomi serba mencabar kesan daripada pandemik Covid-19, malah gelora PKP 2.0 ini menguatkan lagi semangat mereka untuk terus kekal positif!
Jenama tempatan terus kekal positif, pengasasnya tidak kenal erti putus asa
Pelbagai jenama tempatan kini menapak dalam pelbagai jenis industri di negara ini, tidak ketinggalan industri kosmetik, fesyen dan kecantikan. Terbatasnya pergerakan ketika musim ini bukan penghalang untuk mereka berputus asa.
#1. So.Lek

Pengasas jenama ini Dahlia Nadirah Juhari, memang tidak asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan produk kecantikan jenama tempatan.
Beliau percaya untuk terus kekal positif dalam arus PKP 2.0, hargai dan gunakan sebaiknya segala peluang yang ada ketika ini. Katanya, “Daripada terus fokus kepada rasa risau, lebih baik tumpukan kepada bagaimana untuk terus bergerak ke hadapan.” Beliau membawa teamnya untuk terus bergerak ke hadapan, menambahbaik di mana yang terkurang serta melakukan engagement menerusi #GincuGang di platform media sosial dan banyak lagi!
#2. Syed Faizal Beauty

Hasil seninya memang mengagumkan. Figura ini terkenal dengan kehebatannya sebagai jurusolek yang suka bermain dengan rona natural.
Syed Faizal Syed Noh pengasas kepada Syed Faizal Beauty ini popular dengan rangkaian lip matte, ‘Bibir’ yang banyak bermain dengan rona natural. Selain Bibir, rangkaian produk lain adalah Pipi dan Mata.
Bagi Syed Faizal, kita tidak boleh berfikiran negatif, kerana apabila kita berfikir negatif seseorang itu akan hilang fokus. Bak kata orang, “beautiful things happen when you distance yourself from negativity“.
#3. Audelia Naturals

Pengasas jenama ini adalah Noor Inora Putri Noorzainy. Menggunakan nama Noorinora pada laman instagramnya, beliau memang tidak asing bagi peminat tudung bawal kerana sebelum ini pernah popular dengan jenama SincerelyByUs (SBU).
Menerusi jenama Audelia Naturals, beliau mengeluarkan rangkaian essential oil merangkumi pelbagai peringkat umur untuk kegunaan dari bayi hingga dewasa.
Menurut pengasas jenama ini, untuk terus kekal positif dalam PKP 2.0 beliau berpendapat bahawa kita perlu move on dan jangan beri alasan kerana apabila kita buat pasti dapat hasilnya.