Menampilkan koleksi warna cerah dengan gaya riang, koleksi istimewa ini bakal memberikan kesegaran pada Perayaan Musim Bunga.

Love, Bonito jenama fesyen dalam talian terkenal Singapura melancarkan koleksi pakaian istimewa Tahun Baru Lunar 2021 yang menjanjikan si pemakainya tampil ‘segar’ sepanjang hari! Menampilkan koleksi warna cerah dengan gaya riang, koleksi istimewa ini bakal memberikan kesegaran dan kesempurnaan pada Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar 2021! Pada Tahun Baru Lunar, Love, Bonito turut memperkenalkan koleksi kanak-kanak yang boleh dipadankan dengan orang dewasa. Jadi sekeluarga boleh tampil ‘segar’ dan sempurna!

Koleksi pakaian Love, Bonito perkenal koleksi istimewa dewasa, kanak-kanak

Menjanjikan kesempurnaan, koleksi kali ini diilhamkan untuk melengkapkan mood perayaan yang penuh energi dengan warna cerah yang membangkitkan semangat si pemakai. Menampilkan elemen klasik yang dilengkapkan dengan tatarias moden, koleksi ini mampu mengembalikan kenangan sambutan perayaan ketika zaman dahulu yang mungkin dirindui.

Buat pertama kalinya juga Love, Bonito memperkenalkan koleksi lelaki sekaligus bakal membuatkan seisi keluarga bergaya dan sedondon pada Tahun Baru Lunar.

Koleksi Studio, Love Bonito

Love, Bonito kali ini turut memperkenalkan koleksi Studio, Love Bonito yang pasti akan digemari ramai terutama kaum wanita yang cintakan kebebasan. Ia direka khas untuk wanita yang gemarkan gaya moden, berani dan penuh keyakinan! Studio by Love, Bonito boleh didapati dalam 13 rekaan yang dilancarkan bermula 6 Januari 2021 dengan harga bermula RM139.90 hingga RM239.90. Anda boleh dapatkannya di lovebonito.com atau kunjungi butik Love, Bonito di Mid Valley, Sunway Pyramid, 1 Utama, MyTOWNKL, Queensbay Mall, & SkyAvenue bermula 22 Januari 2021.

Koleksi kanak-kanak janjikan keselesaan

Koleksi kanak-kanak Love, Bonito sempena Tahun Baru Lunar 2021 menjanjikan kebebasan dan keselesaan buat si pemakai. Koleksi Tahun Baru Lunar dilancarkan setiap minggu sepanjang sebulan bermula Januari. Harga koleksi ini adalah di antara RM109.90 hingga RM179.90 dan sudah boleh didapati bermula 7 Januari 2021 di laman web dan butik bermula 8 Januari 2021.

Koleksi Kanak-Kanak Love, Bonito yang boleh dipadankan dengan dewasa dilancarkan pada 13 Januari 2021 di lovebonito.com/my dan akan menemui anda di rangkaian kedai Love, Bonito di Mid Valley dan Sunway Piramid bermula 15 Januari 2021.

Image source: Love, Bonito