rambut gugur, extreme caviar special hair loss shampoo

Atasi masalah rambut gugur dan miliki rambut yang lebih kuat dan sihat dengan hanya menggunakan syampu Miriam Quevedo Extreme Caviar Special Hair Loss Shampoo

Adakah anda sekarang sedang mengalami fasa keguguran rambut? Ayuh cuba Extreme Caviar Special Hair Loss Shampoo dari Miriam Quevedo, ternyata ia boleh menjadi penyelamat rambut anda selepas berbotol-botol syampu biasa yang digunakan tanpa hasil. Syampu ini khusus untuk anda berdepan dengan masalah rambut yang makin menipis, rapuh dan mengalami masalah rambut gugur yang ekstrem!

Tidakkah ia terlalu mahal untuk sebotol syampu?

Ini bukan syampu biasa. Ia hadir dengan formula istimewa dengan ekstrak Kaviar yang dirumus khas untuk menguatkan setiap helaian rambut yang lemah dan menghidupkan semula rambut yang kelihatan kusam. Anggap ia sebagai rawatan rambut mewah dalam satu botol!

Formula berkesan untuk rambut gugur

rambut gugur, extreme caviar special hair loss shampoo

Segalanya bermula dari kulit kepala. Formula ini merangsang peredaran mikro, yang membantu menyampaikan campuran 8 jenis vitamin penting dan 5 jenis mineral terus ke folikel rambut di mana tempat pertumbuhan rambut sihat bermula.

Bukan itu sahaja. Ia juga membantu menghalang pembentukan DHT, iaitu penyebab utama rambut gugur, sambil mengimbangkan pengeluaran minyak dan menenangkan kulit kepala dengan sifat antiseptiknya yang semula jadi.

Dengan bantuan peptida keratin dan kolagen, ia juga membentuk lapisan pelindung dari akar hingga ke hujung rambut. Hasilnya? Rambut lebih terhidrat, dirawat, dan paling penting kurang rambut gugur.

Adakah ia serasi untuk semua jenis rambut atau hanya rambut gugur?

Jika rambut and mudah gugur, rapuh, menipis atau sememangnya memerlukan penjagaan intensif , syampu ini sesuai untuk anda. Ia juga bagus digunakan pada rambut yang diwarnakan atau telah menjalani rawatan keratin.

Aroma

Aroma segar buah-buahan dan floral, dengan nota epal hijau dan sitrus, digabungkan dengan haruman elegan bunga melur, tuberose, ros, dan ylang-ylang. Diharmonikan dengan sentuhan cengkih, kayu dan musk untuk lebih harum dan mewah. Wangian ini terasa setanding dengan pengalaman penjagaan rambut.

Mengapa anda perlu memilikinya?

  • Melawan tanda-tanda penuaan rambut
  • Membersih dengan lembut tanpa sulfat
  • Merangsang peredaran darah untuk pertumbuhan rambut lebih sihat
  • Mengawal minyak, menenangkan dan menjaga kesihatan kulit kepala
  • Membantu merawat dan menguatkan rambut dari akar hingga ke hujungnya
  • Memberi kilauan, kelembutan dan perlindungan menyeluruh
  • Melindungi kelembapan semula jadi rambut dan melembapkan rambut dengan berkesan

Terbukti berkesan

Berikut merupakan keputusan daripada pengguna selepas menggunakan Extreme Caviar Special Hair Loss Shampoo bersama Extreme Caviar Bio-Regenerative Shock Treatment for Hair Loss selama 8 minggu penggunaan harian:

  • 95% bersetuju ia menguatkan rambut gugur
  • 89% bersetuju rambut tumbuh semula dengan lebih lebat
  • 88% bersetuju rambut kurang gugur
  • 89% bersetuju ia meningkatkan ketumpatan pertumbuhan rambut
  • 100% bersetuju ia memberikan rambut yang sihat dan segar semula

*Kajian melibatkan 20 orang peserta sukarela

Cara penggunaan

rambut gugur, extreme caviar special hair loss shampoo

Sapukan pada rambut dan kulit kepala yang basah. Urut perlahan sehingga berbuih. Biarkan selama 2–5 minit untuk membolehkan bahan aktif meresap. Bilas dengan bersih.
Tip: Elakkan terkena mata. Jika terkena, bilas segera!

Mahukan rambut yang lebih sihat dan lebat? Syampu kaviar ini adalah langkah pertama anda ke arah rambut yang lebih kuat, lebat dan bersinar. Jom cuba sekarang?