Bukan mudah menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak perkara boleh berlaku. Termasuklah anxiety attack! Kehidupan masyarakat berubah malah ada yang terasa ‘terpenjara’ di kediaman sendiri. Jadi bagaimana cara untuk atasi kemurungan ketika musim pandemik ini?

Melalui fasa PKP, keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku jika tidak diurus dengan baik. Menurut artikel dikongsikan Harian Metro, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan atau lebih biasa disebut anxiety.

Atasi kemurungan ketika PKP, ini caranya

Source: health.com

#1. Buat satu rutin setiap hari

Apa saja rutin yang anda lakukan setiap pagi, buat saja di rumah. Jika setiap pagi anda bangun dan perlu minum kopi, teruskan rutin anda. Tiada masalah. Tetapi jika rutin anda itu melanggar SOP PKP, ubah sedikit asalkan tidak terlalu ketara. Dengan meneruskan rutin harian seperti biasa, ia akan mengurangkan masalah anda diserang rasa bimbang atau kemurungan kerana masih melakukan aktiviti yang sama seperti sebelumnya.

#2. Bersenam

Source: womenhealthmag.com

Jika tidak boleh keluar, jadikan rumah anda sebagai tempat bersenam. Banyak tutorial online yang boleh anda ikut. Boleh saja buat dirumah dan teruskan rutin bersenam anda. Bersenam akan membuatkan oksigen masuk ke dalam tubuh dan membuatkan anda lebih relaks dan peratus untuk diserang rasa bimbang dan kemurungan dapat dikurangkan. Mahu inspirasi? ‘Skodeng’ Instagram Ummi Nasir @makeupbyumminasir yang gigih workout setiap pagi, setiap hari senaman berbeza pula tu!

Instagram @makeupbyumminasir

#3. Dekatkan diri dengan alam

Source: hello-hello.fr

Jika tidak boleh buat aktiviti lasak, anda boleh juga cuba cuba tanam pokok. Bukanlah dalam skala besar, tetapi boleh juga beli pokok hiasan yang hidup. Letakkannya dalam rumah supaya suasana rumah anda lebih hidup. Benda hidup seperti pokok yang diletakkan dalam rumah dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan tekanan. Untuk inspirasi, browse saja #plantsofinstagram atau join mana-mana group berkebun dia FB, pasti rasa nak tanam sesuatu!

#4. Kenalpasti apa yang boleh buat anda risau atau murung

Kenalpasti apa yang boleh menyebabkan anda boleh diserang anxiety dan jangan menghampirinya. Elakkan diri dari sesuatu yang boleh trigger anxiety anda! Anda yang paling kenal diri anda, jadi anda pasti tahu apa yang boleh buat anda diserang rasa risau teramat! For more info, sokongan, inspirasi dan kebajikan, cuba ‘singgah’ Instagram @miasa.malaysia

#5. Ingatkan diri ini bukan kekal selamanya

Positifkan diri anda! Naikkan semangat diri dengan petikan motivasi online atau dengarkan penegasan diri melalui podcasts seperti Affirmation Babe atau Meditating on Self Love oleh Ya Rose on Spotify. Kena ingat, keadaan ini bukan kekal selamanya!

Main header and featured image source: Instagram/ @yashika.vakil