Kini ramai selebriti menghasilkan produk mereka sendiri. Tidak kira sama ada produk solekan atau produk skincare.

Mereka ini biasanya terkenal dengan rutin penjagaan kulit yang rapi, jadi tidak hairan jika golongan ini mengeluarkan produk penjagaan kulit mereka sendiri.

Bukan saja wanita, malah selebriti lelaki turut tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk penjagaan kulit mereka sendiri. Disebabkan itulah selebriti ini memang mempunyai kulit yang sangat terjaga dan cantik bagi seorang lelaki!

Produk skincare dari 3 selebriti barat

#1. Pharrell Williams

Source: Instagram/ @humanrace

Diberi nama Humanrace, produk penjagaan kulit dari selebriti ini dihasilkan dengan kolaborasi dermatologis. Terkenal dengan kulit yang sentiasa terjaga, selebriti ini memperkenalkan produk yang popular dengan tagline ‘The Three-Minute Facial’.

Berasaskan esktrak beras produk penjagaan kulit ini tidak mempunyai bau dan ia sesuai untuk kulit pelbagai jantina. Humanrace diformulasikan untuk ‘mesra’ kepada semua jenis kulit. Ia tidak mengandungi sebarang kacang, bijian atau partikel plastik yang boleh menyebabkan pencemaran.

Semua produk ini juga datang dengan pek isi semula yang baik untuk bumi dan alam sekitar.

#2. Halsey

Source: Instagram/ @iamhalsey

Penyanyi ini mengeluarkan produk kecantikannya sendiri iaitu About-Face. Produk kecantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Januari nanti bagaimanapun sudah boleh didapati dengan pre-order.

Koleksi ini secara keseluruhannya didatangkan dengan 10 jenis produk iaitu, pewarna bibir dan mata, blending sponge serta setting spray.

#3. JLo

Source: Instagram/ @Jlobeauty

Selebriti terkenal ini tampil dengan produknya, JLo Beauty! Penyanyi yang dilahirkan pada tahun 1969 ini terkenal dengan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan awet muda!

Jlo Beauty ini diformulasikan daripada beras yang diperam, produk ini didakwa mampu mencerahkan, melembutkan, melembapkan dan menenangkan kulit anda. Kandungan minyak zaitun yang kaya dengan antioksidan membuatkan kulit kelihatan semakin bermaya dan lembap. Tekturnya yang mudah menyerap juga mengelakkan terjadinya kulit berminyak.

Dibaluti dengan kemasan berwarna emas yang elegan, JLo Beauty menawarkan 8 jenis produk di bawahnya. Ia termasuklah:

  • JLo glow multitasking serum
  • The blockbuster wonder cream
  • The fresh take
  • That star filter complexion booster