Penggunaan krim dan losen tangan yang sesuai sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan masalah kulit tangan kering.
Pemakaian sanitizer ibarat satu kewajipan bagi sesiapa saja dalam musim pandemik Covid-19 ini. Walaupun berkesan membunuh bakteria, sanitizer ini boleh menyebabkan kulit tangan kering.
Sanitizer menyebabkan kulit tangan kering kerana kandungan alkohol yang tinggi di dalamnya. Selain itu, tangan kering juga boleh terjadi disebabkan oleh keadaan persekitaran.
Kulit kering akibat sanitizer, boleh cuba losen tangan ini!
Keadaan cuaca yang sentiasa berubah dan tidak menentu menyebabkan tangan kering. Ditambah pula dengan penggunaan hand sanitiser yang semakin kerap di luar menambahkan lagi kerengsaan kulit. Ada yang lebih teruk, kulit tangan mengalami pengelupasan teruk dan menyebabkan kekeringan kepada kulit tangan dan akhirnya muncul luka-luka kecil.
Kandungan alkohol yang tinggi dalam hand sanitiser bagi membasmi kuman menyebabkaan kulit semakin kering dan sudah pasti penggunaan losyen tangan sedikit sebanyak dapat membantu melembapkan kulit.
Berikut kami kongsikan losyen tangan terbaik yang dikongsikan pengguna untuk anda yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah kulit tangan kering di musim pandemik Covid-19 ini. Ia mudah didapati di mana-mana farmasi dan drugstore berdekatan, malah boleh dibeli secara online juga!
#1. Eucerin Advanced Repair Hand Cream
Losyen tangan jenis ini diformulasi untuk melembapkan kulit yang kering yang menimbulkan kegatalan, pengelupasan dan akhirnya menyebabkan kulit kasar. Jenama ini memang tidak asing lagi untuk penjagaan kulit, malah mereka yang berkulit sensitif sentiasa memilih ini. Ia juga diformulasikan tanpa bau dan tidak melekit, menjadikannya cepat kering apabila dipakai.
#2. Aveeno Skin Relief Moisturizing Lotion
Satu lagi jenama yang dipercayai mampu melembapkan kulit anda dan melegakan kegatalan akibat kulit kering. Ia juga bebas bau yang sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif. Dengan formulasi natural triple oat complex, losyen tangan ini boleh dimasukkan dalam senarai belian wajib jika anda mahu kulit tangan yang lembap.
#3. Rosken Skin Repair Dry Skin Cream
Krim ini mempu meningkatkan kelembapan kulit anda dua kali lebih lembap daripada sebelumnya dalam masa 4 hari saja! Ia sesuai untuk mereka yang mahukan kulit lebih lembap. Diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun dan dimethicone, losyen tangan ini adalah pilihan pakar kulit untuk mereka yang inginkan kulit sentiasa lembap.
#4. L’Occitane Shea Butter Hand Cream
Jenama popular ini terkenal dengan wangian produknya. Shea butter organik akan membuatkan losyen ini menyerap ke dalam kulit si pemakai dengan sangat cepat. Shea butter yang terkenal dengan formulasi untuk melembapkan kulit dan sering digunakan dalam rangkaian pelembap bibir mampu mengekalkan kelembapan kulit anda 24 jam!
#5. Cerave Therapeutic Hand Cream
Diformulasikan dengan tiga ceramida penting, losyen tangan ini melembapkan dan mengembalikan tekstur perlindungan untuk kelembapan kulit anda!Ia juga membantu mengelakkan kulit merekah akibat kekeringan!