Penggunaan essential oil sebagai perfume untuk mendapatkan minda yang sihat dan jiwa tenang semakin popular terutama dalam kalangan wanita bekerjaya.

Menurut drcheputeh, essential oil atau minyak pati adalah sejenis minyak yang diekstrak dari tumbuhan beraroma.

Ia mengandungi berpuluh sehingga beratus sebatian kimia dari kelas terpenes, esters, aldehydes, ketones dan asid lemak.

Dalam satu jenis essential oil contohnya lavender, ia mengandungi dua sebatian kimia utama iaitu linalool dan linayl acetate sekitar 50% dan berpuluh sebatian kimia yang lain.

Essential oil sebagai perfume bantu dapatkan minda tenang

Source: Unsplash/ Nathan Dumlao

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, essential oil sangat praktikal, mudah digunakan dan ia adalah produk semulajadi yang dapat membantu menenangkan peranaan kanak-kanak dan orang dewasa.

Banyak kajian mengenai penggunaanya yang mana salah satunya membuktikan wanita yang menggunakan bau-bauan dari oren (yang diekstrak) sebagai minyak pati merendahkan rasa bimbang, memberikan lebih mood yang positif selepas bangun tidur dan mereka rasa lebih tenang.

Menurutnya, satu kajian menarik dilakukan klinik pergigian, untuk mengetahui kesan bau oren dan lavender, terhadap pesakit yang sedang menunggu giliran.

Seramai 200 pesakit berumur 18 hingga 77 tahun menyertai kajian berkenaan.

Semasa menunggu mereka dirangsangkan dengan bau-bauan oren, lavender atau didengarkan dengan muzik atau tidak diberikan apa-apa rangsangan. Didapati mereka yang diberikan rangsangan dengan bau-bauan oren dan lavender dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan meningkatkan mood pesakit.

Kurangkan tahap kebimbangan, tingkatkan mood

Source: Yogandha Oils on Unsplash

Kajian dilakukan Robert Tisserand, pakar dalam aromaterapi mendapati bau-bauan seperti oren, geranium, lavender, marjoram dan cardamom bukan saja memberikan rasa tenang tetapi juga merangsangkan untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur.

Bau-bauan seperti tea tree dan rosemary dikatakan turut memberikan kesan yang sama.

Ada satu kajian yang menunjukkan keberkesanaan essential oil dalam membantu kanak-kanak yang hiperaktif untuk lebih tenang untuk masuk tidur. Mereka mendapati kanak-kanak ADHD yang diberikan bau-bauan di bilik tidur mereka lebih mudah tidur jika diberikan bau-bauan cedarwood, vetiver dan lavender.

Langkah pertama kali gunakan essential oil

#1. Walaupun dikatakan selamat, jangan diberikan untuk diminum

Essential oil hanya boleh diberikan secara oral (diminum) setelah mendapat pandangan dari perawat yang bertauliah dan mahir dengan penggunaan essential oil.

#2. Cuba sedikit dulu

Source:Pinterest

Jika untuk tujuan sapuan minyak pati tidak mengandungi sebarang allergen (bahan yang merangsang tindak balas alahan) tetapi lebih selamat jika mulakan secara beransur-ansur dan lihat kesannya terlebih dulu jika terdapat tindak balas seperti gatal dan ruam.

#3. Guna dengan kadar sederhana

Gunakan dalam kadar sederhana seperti sapu di kulit ketika mahu tidur atau selepas mandi bagi mendapatkan kesan maksimum.

#4. Jangan gunakan sejenis bauan

Gilir-gilir supaya hidung kita tidak immune dan bauan itu tidak akan mendatangkan kesan lagi.

#5. Dapatkan nasihat pakar

Dapatkan nasihat daripada pakar lebih baik jika anda mahu menggunakan essential oil terutama bagi ibu mengandung.