Masih tercari-cari foundation terbaik untuk wajah yang sempurna? Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation pasti tidak akan buat anda kecewa!
Didatangkan dengan 50 tona soft matte untuk dipilih, pelindung wajah yang tahan lama ini dijamin memberikan litupan serba sempurna untuk apa juga situasi.
Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation ini dijamin dapat membantu anda untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya kerana ia mampu mencantikkan wajah anda secara realiti.
Foundation terbaik tampilkan wajah cantik sempurna
Fenty Beauty yang sebelum ini memang terkenal kehebatannya dalam penghasilan cecair pelindung wajah yang berkrim dan tahan lama kini mengorak langkah melancarkan foundation serbuk ringan.
Jenama dipercayai bertahun lamanya ini, melancarkan foundation yang dijamin tetap memberikan litupan penuh dengan kemasan matte lembut dan tahan lama tanpa menimbulkan kedut/garisan (crease) apabila kita tersenyum atau mengerut dahi.
Formulasi yang dibangunkan selama tiga tahun ini dijamin tidak akan mengecewakan anda untuk memiliki kulit mulus, semulajadi dan boleh berfungsi dengan baik untuk semua jenis tona kulit!
Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation fleksibel, sempurna, dan mudah digunakan sekaligus membuatkan anda cepat bersiap!
Apa saja penampilan yang anda inginkan daripada semulajadi seolah-olah tiada makeup hingga solekan tebal ia boleh puaskan hati anda!
Formula sempurna yang pasti takkan mengecewakan anda!
Diformulasi dengan formula anti peluh, kelembapan, garisan/kedutan ia sememanga foundation yang sempurna tanpa menyumbat liang pori anda yang menyebabkan terhasilnya mintak.
Tektur yang ringan, seolah-olah kelihatan tiada pada kulit membuatkan anda sentiasa nampak semulajadi!Ia adalah formulasi untuk semua jenis tona kulit.
Jika anda buntu cara mengetahui tona kulit anda, boleh gunakan Fenty Face Shade Finder.
Cara menggunakan Pro Fiang lt’r Soft Matte Powder Foundation
- Sebelum menggunakan powder foundation ini, sapukan kulit dengan pelembap Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Moisturize Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen.
- Kemudian, gunakan primer Pro Filt’r kegemaran anda dan biarkan untuk hasil terbaik.
- Gunakan span yang disediakan seperti yang anda mahu untuk dapatkan tona kulit sempurna.
- Fenty Beauty mencadangkan Powder Puff Setting Brush 170 untuk litupan ringan, Kabuki Buff Brush 125 (sederhana ke litupan penuh).