Jika kamu mengalami masalah ini, jangan risau, kami ada beberapa solusi untuk kamu cuba.
Bukan kulit wajah sahaja boleh menjadi kering, malahan di seluruh tubuh badan kamu juga boleh terjadi masalah kulit kering ini, terutama sekali di bahagian kaki, paha, lengan dan sisi abdomen. Bagaimana boleh terjadinya masalah ini? Ia adalah disebabkan oleh kekurangan lembapan. Dan ia juga boleh disebabkan daripada beberapa perkara yang berbeza punca. Boleh terjadi kerana suhu persekitaran, gaya hidup, usia, kesihatan dan bermacam lagi. Jika kamu mengalami masalah ini, jangan risau kami ada beberapa solusi untuk kamu cuba. Akan tetapi sebelum itu, mari kita kenali punca masalah kulit ini.

Source: Unsplash/Aiony Haust
Cuaca
Kebiasaanya sewaktu musim sejuk, kulit lebih mudah menjadi kering kerana suhu dan lembapan akan menurun. Memandangkan Malaysia tidak mengalami musim sejuk, masalah ini masih boleh terjadi jika kamu duduk lama di bilik berpenghawa dingin.
Sabun Badan
Sesetengah sabun badan mampu menarik segala minyak natural yang terkandung pada kulit tubuh kamu. Dalam pada masa yang sama, ia menyah-lembapan lalu membuatkan kulit bertambah kering. Hati-hati dan pastikan kamu memilih sabun badan yang betul selepas ini. Elakkan daripada memilih sabun yang mengandungi paraben serta haruman. Ini kerana kandungan seperti ini agak kasar dan mampu merosakkan kulit kamu.
Mandi Air Panas
Mandian air panas dengan kerap boleh merosakkan kulit kamu. Air panas ini akan membuka liang pori dan menyahkan minyak natural yang ada pada kulit kamu. Itu adalah penyebab kepada kulit kamu menjadi kering. Jika mahu mengelakkan mandi air bersuhu sejuk, pastikan kamu setkan pancuran air kamu ke suhu hangat dan mandi dalam tempoh masa pendek sahaja. Jangan lama-lama!
Kurang Minum Air Putih
Tampak seperti klise, namun ianya amatlah penting. Bukan sahaja memberi efek pada kulit wajah, namun pada kulit tubuh sekali. Dehidrasi ini bukan sahaja membuatkan kulit terasa kering, malah boleh mengakibatkan gatal dan kulit terhakis.
5 Krim Pelembap Tubuh Yang Harus Kamu Cuba!
Jo Malone London English Pear & Freesia Body Crème, RM390/175ml
Votary Hydrating Body Oil – Bergamot And Mandarin, RM355/110ml
Drunk Elephant Kamili™ Cream Body Cleanser, RM88/240ml
Mario Badescu Elbow & Heel Smoothing Cream, RM50/59ml
L’Occitane Almond Shower Oil, RM170/500ml
Oleh TheSaturdayChic