Tujuh hari dengan Lancôme Advanced Génifique mungkin tak dapat ubah kamu jadi Neelofa atau Zendaya tapi ia mampu jadikan kulit anda, seaslinya anda, lebih kuat dan berseri.
Tahniah sekali lagi buat Neelofa kerana telah dilantik menjadi duta Lancôme Asia Tenggara pertama sekaligus menjadikan dia duta Lancôme berhijab pertama di dunia! Lebih bersemangat dan teruja rasanya nak memulakan atau meneruskan perjalanan bersama Advanced Génifique bila dutanya adalah seseorang yang kita kenal, atau pernah bersua muka depan-depan!
Bercakap tentang perjalanan bersama Advanced Génifique, sebenarnya saya patut kongsi pengalaman 7 hari pertama menggunakan serum antipenuaan itu. Sedar tak sedar, dah separuh botol pakai, dah sebulan rupanya! My journey dengan Lancôme Advanced Génifique is not a new one namun ia bukanlah perjalanan yang panjang. I first started using Genifique ketika ia pertama kali dilancarkan pada 2009 atau 2010? Waktu itu saya masih tak begitu peduli dengan penjagaan kulit. Pakai serum tetapi bila teringat saja. Selalunya hanya cuci muka and tadaaaaa dah siap! 🤦🏻♀️ Langsung tak ingat apa-apa tentang serum ini sedangkan waktu it was already an advanced serum! Tapi jodoh tetap jodoh dan hari ini, 11 tahun kemudian saya kembali bersama Advanced Génifique, serum yang diperkaya dengan tujuh adunan berkuasa daripada pre- dan probiotik untuk menguatkan mikrobiom kulit kita yang unik.
Pembaharuan Sepantas 7 Hari
Lancôme Advanced Génifique memperbaiki kesemua tanda-tanda penuaan selepas tujuh hari; keserian, tekstur kulit, kulit nampak lebih sekata, garis-garis halus dan kedutan kurang jelas, dan terasa anjal. Ini apa yang dijanjikan berdasarkan ujian yang mereka jalankan. Namun dalam cara percakapan saya sendiri apa yang dapat dilihat selama sebulan menggunakan serum ini siang dan malam adalah wajah secara keseluruhan kelihatan lebih bermaya. I don’t wake up in the morning dengan muka sembap macam tak cukup tidur. Dulu adakalanya saya bangun tidur looking messy, wajah nampak berat tetapi sekarang wajah nampak ‘kemas’, lifted dan tak kusam. I also love the texture yang bila diurut pada kulit seolah terus meresap! Dahaga betul kulit saya ya 😅…
Menurut poll yang dijalankan baru-baru ini, 97% pengguna wanita memilih mereka akan mengesyorkan Advanced Génifique kepada rakan-rakan in a heartbeat! I would too! It’s a serum that takes care of you. Saya memakai tanpa perlu fikir banyak, tanpa perlu risau if I’m not taking enough care of my skin.
Jadi apa kata anda pula mulakan perjalanan dengan Lancôme Advanced Génifique? Ambil masa untuk belai kulit serta relaks. Sambil urut wajah, leher dan dada, bayangkan kulit anda yang bakal kelihatan lebih baik, lebih muda dan berseri. Selepas satu botol Advanced Génifique, kulit diperbaiki sehingga lebih 77% lebih pantas, membuktikan kulit mampu jadi lebih baik dengan usia…
Gambar: Lancôme Malaysia