Penyanyi kepada lagu ‘Love You Like a Love Song’ telah mengusahakan rangkaian tersebut selama dua tahun!

Selepas kolaborasi hangat bersama kumpulan K-Pop terkenal, Black Pink dengan lagu Ice Cream, Selena Gomez tidak mengambil nafas panjang dan kini telah  melancarkan rangkaian makeup terbaharu, Rare Beauty. Dia mengumumkan berita ini di laman Instagram miliknya bahawa dia telah mengusahakan produk tersebut selama dua tahun sebelum memutuskan untuk melancarkannya pada 3 September lepas.

“Saya bangga denganya” ujar penyanyi kepada lagu ‘Love You Like a Love Song’ itu setelah berjaya mengeluarkan produk kosmetik yang terdiri daripada foundation, concealer, eyeliner, liquid blusher, lip balm, lipstick, dan juga blotting paper yang kini terdapat di laman rasmi Rare Beauty dan juga di beberapa gedung Sephora yang terpilih. Berdasarkan video keluaran Vogue baru-baru ini, dia menganggap mekap sebagai sebahagian daripada hidupnya.

“Sepanjang membesar, saya yakin solekan ialah sebahagian daripada hidup saya, dan menceburi pelbagai bidang di dalam industri ini, saya suka untuk bereksperimen dengan mekap. Ia mencipta pelbagai jenis karakter, mencipta sesuatu yang magisl. Dalam fesyen, terdapat pelbagai jenis solekan yang mampu mengekspres diri, malah lebih daripada apa yang mereka pakai.”

Sumber: Youtube/Vogue

Rare Beauty Foundation hadir dengan 48 ton merangkumi pelbagai variasi rona kulit sesuai dengan pendirian Selena yang merasakan makeup itu bukanlah gurauan.

“Saya terlibat dengan kebanyakan proses keseluruhannya kerana saya juga sangat menitikberatkan soal kesihatan mental, dan saya percaya ia adalah sebahagian daripada self-esteem kita, ia adalah sebahagian daripada cara kita mencermin diri-sendiri dan kita tidak semestinya memerlukan mekap untuk berfikir sebegitu tapi mekap bukannya gurauan. Ia cantik dan indah, dan juga menyatukan. Saya mempunyai respek yang tinggi untuk komuniti ini kerana ia sememangnya sebuah seni.” Ujarnya sambil menunjukkan tutorial.

Selena Gomez Rare Beauty
Sumber: Instagram @Selenagomez

Beberapa beauty guru dan selebriti telah pun membuat reviu dan memberi komen jujur mereka di pelbagai platform media sosial terutamanya di Youtube dan juga Instagram. Antaranya termasuklah PatrickStarrr, Laura Lee, dan Desi Perkin. Semuanya memberi komentar bahawa produk Rare Beauty sangat sesuai untuk mereka yang menginginkan efek yang lebih natural bersesuaian dengan tujuan Selena menghasilkan rangkaian makeup tersebut.

“Saya rasa bahawa mekap sepatutnya menjadi aksesori untuk melengkap rupa cantik seseorang. Saya selalu percaya kepada prinsip itu kerana kita tidak boleh lari daripada berasa tertekan dan perlu untuk tampil dengan sesuatu imej. Saya rasa yang kita special dan sepatutnya menjadi diri sendiri”.

Nampaknya, rangkaian mekap pelakon cilik Disney ini menerima maklum balas yang baik dari orang sekililing, tidak sabar untuk mencubanya sendiri! 

Oleh Lisa Norosmi