Kami kongsikan solusi terbaik hasil cadangan pakar yang boleh kamu cuba untuk meredakan kulit kering di hidung kamu itu.
Kami pasti kamu pernah mengalami masalah kulit kering di bahagian hidung. Kadang pelik mengapa bahagian wajah lain tidak sekering hidung? Kadang pula terjadi kerana terlalu asyik menghembus hingus sehingga bahagian hidung kamu menjadi keradangan dan kurang penghidratan. Ini kerana bahagian hidung adalah salah satu bahagian yang sensitif. Jika kamu duduk di rumah pun, boleh terjadinya kulit kering ini. Seperti bahagian kulit yang lain juga, punca utama adalah kerana kurangnya penghidratan.
Gambar: Pinterest
Elakkan guna pencuci muka yang ‘salah’
Sudah tahu kulit kering, jangan pula kamu gunakan pencuci muka yang punya intipati yang boleh merosakkan lagi kulit wajah kamu itu. Elak menggunakan sabun yang punya alkohol atau haruman di dalamnya. Pilih yang ada kandungan lipid, asid lemak, ceramide dan pencuci muka yang jenis krim, gel atau minyak. Elakkan guna alat peranti seperti berus wajah yang kasar atau juga skrub yang boleh membahayakan kulit kering di bahagian sensitif ini.
Pilihan kami: Laneige Moist Cream Cleanser RM36/50ml
Rutin melembap wajah elok, namun jangan ‘melampau’
Memang kita sarankan untuk rawat kulit kering, pastikan wajah sentiasa lembap. Maka penggunaan produk pelembap itu amat penting. Malah menurut pakar, amalan melembap itu sendiri lebih penting dan tinggi manfaatnya berbanding melihat pada kandungan intipati yang ada pada pelembap itu. Namun, jangan sampai amalan kamu itu menjadi melampau. Seperti rutin lain juga, jika kamu amalkan cucian muka lebih dari dua kali sehari, boleh membuat kulit menjadi lebih kering. Sama seperti amalan melembap secara berlebihan ini. Kami cadangkan apabila kamu menyapu pelembap pada wajah, pastikan hanya sapu dengan lapisan yang nipis sahaja dan cukup melitup setiap ruang yang terdapat di wajah. Bayangkan jika kamu menyapu tebal sebelum tidur, ia akan buat kulit menjadi lebih iritasi kerana lebihan krim pelembap di wajah bergesel dengan bantal kemudian bercampur bakteria. Oh, tidak!
Pilihan kami: FRESH Rose Deep Hydration Face Cream RM207
Letakkan air humidifier di bilik tidur kamu
Air humidifier atau pelembap udara ini amat penting untuk kesihatan kamu. Jangan tersalah ya, ramai yang keliru dan rasakan air humidifier ini sama dengan air purifier. Walaupun kedua-duanya punya fungsi yang hampir sama iaitu membantu masalah seperti sinus, selsema dan batuk, namun ada sedikit perbezaan pada dua produk ini. Air purifier fungsinya untuk menghilangkan aroma yang tidak menyenangkan, mengurangkan kotoran dan habuk, menghapus bakteria serta mengelakkan pertumbuhan kulat. Manakala air humidifier, fungsinya untuk memberi lembapan udara di sekitar ruang. Sesuai untuk kamu yang mahukan lembapan dan membantu merawat masalah kulit dan rambut kering. Jika kamu ada masalah-masalah seperti ini, kami cadangkan belilah satu produk pelembap udara.
Pilihan kami: Young Living Dewdrop™ Diffuser RM394.50
P/s: Amalkan tip-tip ini, dan kongsikan pendapat kamu bersama kami!