Kami kongsikan nasihat serta tip cantik daripada selebriti Hollywood.

Pernah atau tidak, kamu merenung skrin telefon pintar kamu dan berkata di dalam hati, alangkah indahnya dapat badan secantik dia? Atau juga, kamu cemburukan dan berharap mendapat kulit mulus seperti mereka suatu hari nanti. Kadang-kala, kamu seperti buntu apakah rahsia di sebalik kecantikan mereka ini. Zaman sekarang, bukan sahaja tentang produk kecantikan, malah gaya hidup juga memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai kecantikan luaran dan dalaman. Selebriti Hollywood juga tidak ketinggalan. Mari kami kongsikan nasihat serta tip cantik daripada selebriti Hollywood seperti Lea MicheleAdwoa AboahJen Atkin dan ramai lagi! 

Selebriti Hollywood

Gambar: Pinterest

Lea Michele 

“Semestinya minum air putih dengan banyak dan dapatkan tidur yang cukup. Saya tahu ia sesuatu yang klise namun inilah perubahan besar yang saya dapat saksikan pada diri saya apabila saya mendapat rehat yang secukupnya. Dan ini juga membuatkan kulit wajah saya tampak lebih berseri daripada segi tekstur serta ton kulit.” 

Gambar: Pinterest

Kate Moss 

Menurut Kate, dia harus senantiasa bersedia di hadapan kamera, jadi dia perlu memastikan kulit wajahnya sentiasa sihat dan segar berseri. Nasihat Kate, “Isi penuh semangkuk air sejuk berisi kiub ais dan potongan timun. Kemudian celup wajah ke dalam mangkuk tersebut dan tahan selama yang boleh. Ini mampu mengurangkan kesembapan pada wajah serta menegangkan kembali kulit yang lesu.” 

Selebriti Hollywood

Gambar: Pinterest

Adwoa Aboah 

“Saya suka menggunakan pelbagai jenis minyak antaranya minyak lavender. Contoh adunan yang saya suka ialah, saya akan lapiskan beberapa minyak pati bersama cocoa butter kemudian baru saya akan sapukan deodoran kegemaran saya daripada Aesop. Saya suka kerana bauan saya itu sepertinya datang daripada pelbagai benda yang berbeza.” 

Gambar: Pinterest

Cindy Crawford 

Hendak tahu rahsia cantik Cindy Crawford? Mari kami kongsikan. Wanita ini sangatlah mementingkan penjagaan kulit wajahnya dan dia amat obses dengan rawatan muka susu. Dia akan mencampurkan susu bersama air mineral di dalam satu botol untuk dijadikan penyembur wajahnya. Kalau kamu hendak tahu, susu mengandungi asik laktik di mana ia berfungsi sebagai bahan exfoliate dan pencerah untuk kulit wajah.  

Gambar: Pinterest

Jen Atkin 

Ini nasihat daripada penata gaya rambut paling berpengaruh di dunia. Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat, nasihat Jen ialah, “Biasanya saya akan menggunakan dua jenis syampu dalam satu masa. Satu syampu untuk kulit kepala, dan biasanya saya akan pakai hanya di kulit kepala. Kemudian pada bahagian hujung rambut saya akan gunakan syampu jenis melembap.” 

Oleh TheSaturdayChic