Jom lihat tiga pelembap muka baharu yang mungkin boleh anda cuba sempena tahun baharu 2021!
Pelbagai jenis pelembap muka atau moisturizer terdapat di pasaran. Ada yang sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak, kering, kusam, sensitif dan berjerawat. Ia juga datang dalam bentuk seperti gel, krim dan losyen? Jadi mana satu pilihan anda?
Sebelum buat keputusan untuk beli, pastikan anda tahu jenis kulit anda terlebih dulu. Jadi barulah anda boleh pilih pelembap yang betul. Jom lihat tiga pelembap muka baharu yang mungkin boleh anda cuba sempena tahun baharu 2021!
Mana tahu ia memang sesuai untuk anda dan menjadikan kulit dan penampilan lebih meyakinkan menjelang tahun baharu ini.
#1 Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream

Kekalkan kelembapan kulit anda selama 24 jam dengan produk ini. Dengan formulasi baharu dan sudah ditambah baik, krim ini menjanjikan kelembapan tidak berpenghujung kepada kulit anda. Formula baru yang membenarkan pelembap ini cepat menyerap ke dalam kulit dan menyejukkan kulit bagi mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Dengan Glacial Glycoprotein yang berasal dari glasier laut, produk ini menghidrat secara mendalam ke dalam kulit dan mencegah kehilangan kelembapan. Dengan Asid Amino Mikronisasi, ia membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit sekaligus membuatkan kulit anda sihat dan terasa bersih sepanjang hari.
#2 Laneige Perfect Renew Youth Regenerating Cream

Krim dengan formula anti-penuaan ini akan mengurangkan lima tanda awal penuaan hanya dalam 7 hari! Menarik bukan?
Dengan penggunaan teknologi Glyco Miracle ™ ia berfungsi mengurangkan tanda-tanda penuaan dan membuatkan kulit lebih segar, tegang dan halus dari sebelumnya. Jika ia digunakan secara konsisten, ia akan mengurangkan lima tanda penuaan seperti kedutan, kurang anjal, tekstur kulit kasar, kulit kusam dan tidak bermaya sekaligus membuatkan kulit nampak lebih muda dan cantik.
Krim ini mengandungi ekstrak herba yarrow yang akan mengekalkan kelembapan kulit dan squalene yang berasal dari tebu untuk kulit lebih subur dan sihat!
#3 Innisfree Black Tea Youth Enhancing Ampoule

Pengeluar kosmetik popular dari Korea ini memperkenalkan produk anti-penuaan terbaru untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas.
Koleksi Black Tea Youth Enhancing membantu meningkatkan penampilan dengan mengurangkan lima tanda penuaan seperti kulit kering, kulit kusam, tekstur kulit kasar, tidak bermaya dan sensitif. Ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yan mempunyai gaya hidup sibuk dan tiada masa lama untuk penjagaan kulit.
Dibangunkan dengan formulasi baharu, Reset Concentrate ramuan tinggi antioksidan dari teh hijau yang diperam menjadi teh hitam ia kaya dengan khasiat anti-penuaan. Nikmati kulit tanpa minyak dan penghidratan 24 jam dengan produk bebas paraben, alkohol dan bau ini.