Jenama produk kecantikan terkemuka Dior, menampilkan koleksi musim bunga Dior 2021, ‘Dior Pure Glow Spring 2021 Collection’.
Koleksi ini membuatkan si pemakai tampil menyerlah dengan sentuhan solekan rona merah jambu sempena musim bunga 2021.
Musim bunga yang sering dikaitkan dengan kesegaran dan semangat baharu disempurnakan dengan koleksi dari jenama terkemuka ini menerusi konsep solekan natural tona merah jambu.
Menurut Pengarah Kreatif dan Imej Solekan Dior Peter Philips, seperti bunga, keserian seorang wanita adalah kunci kepada kecantikannya. Tidak kira bagaimana gayanya, warna kulit dan sebagainya.
Koleksi musim bunga Dior, tona merah jambu yang anda patut cuba!
#1 3 Couleurs Tri (O) Blique Pure Glow
Dalam koleksi ini Dior menampilkan 3 Couleurs Tri (O) Blique Pure Glow, iaitu pembayang mata yang dengan hiasan tekapan bunga yang menarik!
Dari efek segar hinggalah kepada natural juga sofistikated dan ranggi, pembayang mata ini pasti membuatkan si pemakainya tampil dengan mata yang ‘mekar’ dan segar seperti bunga!
Ia datang dengan dua pilihan iaitu Pure Petal (43) dan Triple Bloom (663).
Dengan norma baharu, solekan mata dijangka menjadi trend 2021. Jadi, cuba tampilkan mata segar dan menarik dengan koleksi pembayang mata musim bunga ini!
#2 Dior Addict Lip Glow Oil dan Dior Addict Lip Maximizer
Formula Lip Glow Oil menggunakan minyak buah ceri yang akan mengekalkan kelembapan bibir si pemakainya! Didatangkan dengan tiga warna pink, coral dan ultra pink!
Bagi Lip maximizer pula, fungsinya mengekalkan kelembapan bibir si pemakainya yang juga didatangkan dengan rona pink, coral dan ultra pink.
#3 Lipstick Rouge Dior
Didatangkan dengan pelbagai warna yang menimbulkan kesan sensual lipstick ini memang harus dimiliki! Antara warna ditampilkan termasuklah rosewood, pink sakura, sanity coral dan coral peony.
Dengan rekaan kelongsong lipstick yang tampak mewah, ia pilihan musim bunga yang pasti tidak akan mengecewakan anda!
#4. Stick glow
Bakal menaikkan seri si pemakai dengan efek ‘healthy glow’. Didatangkan dengan iaitu coral glow dan pink glow.
#5. Dior vernis
Tampil segar dengan pewarna kuku rona merah jambu dari koleksi terbaharu musim bunga 2021! Ia boleh didapati dalam dua rona iaitu coral peony dan pink sakura.