Ramai selebriti popular tanah air mencuba nasib dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan jenama sendiri.

Kini semakin produk kecantikan tumbuh bagai cendawan selepas hujan dalam pasaran tempatan. Lebih membanggakan ia dikeluarkan selebriti Malaysia! Tidak kira selebriti lelaki atau wanita, produk kecantikan yang dikeluarkan masing-masing punya keistimewaan dan keunikan tersendiri.

Selebriti Malaysia kreatif keluarkan produk kecantikan

Bidang kosmetik dan kecantikan ini sememangnya bidang yang cukup popular di Malaysia, rata-rata pencinta tegar kecantikan tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk keluaran selebriti popular tanah air. Produk kosmetik dan kecantikan yang dikeluarkan mereka ini bukanlah calang-calang, malah ada pengguna yang mengakui ia setanding dengan jenama antarabangsa.

Jika setanding, apa salahnya kita sebagai rakyat Malaysia menyokong produk tempatankan? Tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak tahu!Kami kongsikan 5 jenama produk kecantikan milik selebriti popular tanah air. Antaranya termasuklah:

Syedewa Cosmetics

Source: Instagram/ @syedewacosmetics

Jenama ini adalah milik jurusolek terkenal tanah air Syed Dewa. Siapa kata lelaki tak boleh keluarkan produk kosmetik? Jurusolek yang berwajah tampan ini telah melancarkan koleksi alat soleknya sendiri yang diberi nama Syedewa Cosmetics. Jenama ini menawarkan pewarna bibir jenis matte yang hadir dalam empat variasi warna paling untuk dipakai. Anda pasti terpukau melihat bungkusannya ini yang kelihatan setaraf produk antarabangsa.

Fazura Skincare

Source: Fazura skincare

Selepas bertahun-tahun menjadi wajah kepada pelbagai jenis jenama produk kosmetik dan produk penjagaan kulit, Fazura tampil dengan jenamanya sendiri. Produk Fazura Skincare sesuai untuk semua jenis kulit termasuk masalah kulit berjerawat. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai agen-agen anti penuaan dan pencerahan.

Selain itu, produk ini melembapkan dan menghidrasi kulit agar kulit lebih sihat dan berseri-seri. Set eksklusif Fazura Skincare lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam dan juga serum bersaiz mini yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Rizman Ruzaini Beauty

Source: Instagram/ @rizmanruzainibeauty

Pasangan pereka fesyen terkenal tanah air ini bukan saja hebat menghasilkan couture terkini, malah ada mengeluarkan jenama kosmetik juga. Jenama, Rizman Ruzaini Beauty ini terdiri daripada pelbagai rangkaian produk termasuk penjagaan kesihatan, produk kecantikan malah wangian!

Wawa Cosmetics

Source: Instagram/ @wawacosmetics

Ibu kepada dua anak yang sentiasa tampil jelita ini turut memilik jenama kecantikan sendiri. Dengan pelbagai variasi produk termasuk kecantikan dan produk penjagaan kulit, jenama Wawa Cosmetics sentiasa meniti di bibir pencinta tegar kecantikan yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba produk keluaran selebriti popular tanah air.

Simplysiti

Source: Instagram/ @officialsimplysiti

Sebut saja nama simplysiti, pasti tidak asing lagi. Jenama produk kosmetik dan kecantikan ini adalah milik penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza. Tidak hanya produk kecantikan, jenama ini turut mengeluarkan produk penjagaan kulit serta wangian!

C by Cakenis

Source: Instagram/@cakenis

Bermula dengan populariti dalam dunia blogger, Hanis Zalikha tampil dengan jenama Cakenis. Bermula dengan aksesori wanita seperti tudung, jenama ini diperluaskan lagi dengan rangkaian kosmetik, C by Cakenis. The Cushion Blusher dan Lipbait antara rangkaian kosmetik yang patut anda cuba!