Disini kami senaraikan solekan mata dijangka akan menjadi tumpuan pada 2021!
Suka atau tidak, beberapa amalan penting perlu diterima masyarakat di musim pandemik ini dengan bermulanya norma baru. Ia bukan saja mengubah cara hidup malah cara solekan juga!
Amalan seperti seperti kerap membasuh tangan, penjarakan sosial serta penggunaan pelitup muka yang betul sedikit sebanyak mengubah cara hidup kita.
Solekan mata dijangka hit 2021!
Sekurang-kurangnya kita perlu mengamalkan budaya norma baru ini dalam tempoh masa lapan hingga 12 bulan lagi atau sehingga vaksin Covid-19 ini terbukti berkesan.
Sebagai wanita biar apa pun, kita tetap ingin nampak ayu dan jelita walaupun memakai pelitup muka sepanjang waktu. Hanya dengan nampak bahagian mata kita tetap boleh bergaya seperti biasa.
Jadi solekan mata dijangka akan hit untuk tahun 2021 memandangkan kita perlu memakain pelitup muka sentiasa apabila diluar.
Alat solek berkaitan mata dijangka jadi tumpuan 2021!
Disebabkan setengah bahagian muka dilindungi dengan facemask, bahagian mata dijangka menjadi tumpuan dalam solekan 2021.
Mata akan menjadi penarik paling unggul dalam trend solekan tahun baharu nanti! Jom kita lihat alat solek yang dijangka menjadi trend menjelang tahun baru nanti!
#1. Eyeliner yang membara (smoldering eye liner)
Dengan pemakaian pelitup muka, solekan mata yang membara dan nampak garang dijangka hit menjelang tahun baru ini.
Eyeliner yang dijangka akan laris sudah pasti yang akan menghasilkan kemasan maksimum dan didatangkan dengan banyak warna!
Kemasan maksimum termasuklah kalis akan yang akan meninggalkan kemasan kemas pada mata anda!
#2. Maskara berwarna
Maskara berwarna antara yang dijangka akan dicari-cari menjelang tahun baharu ini!Jadi anda boleh cepat-cepat buat stok jika mahu mengubah penampilan!
Ia sama seperti maskara biasa, yang bezanya ia bukan hitam, tetapi datang dengan pelbagai jenis warna!
#3. Sky-high lashes
Bulu mata antara penarik apabila wajah dilitupi topeng muka. Jadi trend bulu mata panjang dijangka akan menjadi hit pada 2021 nanti.
Tidak kira apa pun majlis, mungkin bulu mata panjang ini akan menjadi trend untuk sesiapa saja.
#4. Stained lip colour
Tidak terlalu menyerlah kerana ia bukan lagi tumpuan, tetapi tetap tampil manis dan ada gaya!
#5. Resurgence of Early 2000s
Dengan penampilan yang tetap segar, solekan wajah pada awal 2000 dijangka kembali pada 2021 dengan tertumpu pada kening dan bibir berwarna coklat lembut.
Kuncinya, bagaimanapun, adalah memastikan segalanya tetap segar untuk menghadapi tahun baharu!
#6. Kulit yang segar!
Dijangka tahun 2021 mendapatkan kulit yang segar akan menjadi tumpuan!Selepas seharian mengenakan pelitup muka, tiba masanya untuk kulit dimanjakan dan disegarkan!
Penggunaan pelembap yang betul akan membuatkan kulit anda sentiasa segar dan bermaya!
#7. Kelopak mata dengan pelbagai warna!
Ini mungkin dinanti-nanti. Untuk memastikan mata nampak menonjol, mainan warna dibuat pada kelopak mata.