Yes, kita perlu exfoliate wajah jika mahukan kulit yang sihat dan berseri!
Oh how I used to love scrubbing my face dengan exfoliator yang kasar-kasar tu! Biasalah ketika remaja kulit sering berminyak dan menggerutu jadi kalau dapat sental dengan skrub yang kasar, rasa puas dan bersih! Manalah nak peduli jika sebenarnya ia menyebabkan kulit terhakis dan kemungkinan besar merosakkan kulit (juga antara penyebab lama-kelamaan kulit jadi sensitif). Ini kebenaran: Yes, kita perlu exfoliate wajah, ia dikira harus jika mahukan kulit yang sihat dan berseri tetapi, produk yang salah boleh membawa padah berbanding kebaikan. Jenis yang kasar dan terlalu kuat formulanya boleh mengoyakkan kulit secara halus, melemahkan lapisan perlindungannya dan seolah membuka pintu luas-luas untuk bakteria berparti pada kulit!
Jadi silakan buang produk lama yang tidak mendatangkan kebaikan itu. Produk yang sepatutnya kamu gunakan dirumuskan dengan bahan kimia – bukan yang jenis menakutkan tu, tetapi jenis asid lembut yang meleraikan benda melekit yang mengumpul sel kulit mati dan menyumbatkan pori dan meninggalkan kulit glowing macam @namvo tu.

Kamu Mesti Cuba These Skin-Loving Exfoliators…
Dermalogica Hydro Masque Exfoliant
Bukan saja membantu menyental keluar sel-sel kulit mati yang menyebabkan penyahhidratan tetapi masque 5 minit ini juga menghidrat kulit dalam langkah yang sama! Jadi tak perlulah kamu pakai dua produk berbeza kerana hakikatnya kulit yang ternyahhidrat dan terasa kering ketat itu sebenarnya memerlukan exfoliation dan juga penghidratan. Urutkan tekstur yang creamy dengan bola-bola kecil pada wajah. Ia akan pecah atau cair dan adunan Bamboo yang kaya dengan mineral akan membekalkan tindakan pengelupasan yang lembut namun bersasaran. Snow Mushroom yang kaya lembapan membekalkan antioksida serta Vitamin D. Urut hingga kesemua bola-bola itu cair dan biarkan 3-5 minit sebelum dibilas. Kamu akan rasakan kulit lebih glowing, licin, lembut serta segar tetap tak kering!

FerraRossa Beauty Peach Dead Skin Exfoliator Facial Scrub
Dengan aroma buah pic yang juicy, peeling gel scrub dengan cellulose ini menyental lembut dan menanggalkan kulit mati serta kotoran dengan lembut tanpa kerengsaan. Sambil kamu urut pada wajah, cellulose mula memerangkap kulit mati dan kamu akan lihat kesan memutih dan berbiji-biji. Sementara itu adunan buah pic, lavender serta ekstrak rosemary mengunci lembapan dan memberikan hasil kulit yang terhidrat, berseri dan licin! Yang ini memerlukan kekuatan untuk menahan diri daripada menggunakannya setiap hari! Aromanya, kesannya selepas digunakan… Amazing!


Sulwhasoo Herbal Clay Purifying Mask
Sesuai untuk yang berkulit sensitif, ia membersihkan permukan kulit serta liang-liang pori sambil memberi kelegaan pada kulit sensitif. Diformulakan dengan Muan Clay dan “Korean Traditional Herb Complex”, tanah liat dengan tekstur gel-cream boleh membersihkan kulit dengan mendalam sambil meredakan kerengsaan serta masalah akne. Ia juga boleh digunakan sebagai spot treatment. Agak-agak ada bahagian kulit yang kegatalan atau kemerahan malah jerawat yang baru nak muncul, apu pada bahagian itu dan biarkan 5-10 minit sebelum dibilas.


Drunk Elephant T.L.C Framboos Glycolic Night Serum
Bukan skrub sahaja yang menyental tetapi serum seperti ini juga mampu lakukannya dengan malah lebih berkesan. Dirumuskan dengan glycolic, tartaric, lactic, citric, dan salicylic acids, kemudian diadun dengan ekstrak raspberry dan horse chestnut, T.L.C. Framboos™ membantu mengawal minyak berlebihan, menjadikan kulit lebih jernih bercahaya. Kulit lebih mudah menyerap manfaat produk lain. Ia sendiri mudah meresap dan memberikan tindakan pengelupasan kimia yang berkesan tanpa kesan sampingan yang buruk seperti kekeringan atau kulit jadi sensitif.
