Aveda kini mengorak langkah ke hadapan dengan menghasilkan produk yang bebas sumber binatang.
Produk penjagaan rambut dan peribadi keluaran jenama popular yang diasaskan sejak 1978 lagi memang tidak menjalankan atau menjalani sebarang proses uji kaji ke atas binatang (cruelty-free)! Tetapi kini, ia mengorak langkah memastikan semua jenama di bawah rangkaiannya adalah 100% bebas sumber binatang!
Menarik bukan? Buat apa jika beli produk mahal-mahal tapi sebenarnya uji-kajinya melibatkan penyiksaan kepada binatang yang tidak berdosakan?
Produk penjagaan rambut, peribadi Aveda kini 100% bebas haiwan!
Semua produk penjagaan rambut, pewarna rambut, penjagaan diri, alat solek dan wangian keluaran jenama ini, kini adalah bebas haiwan!
Memang sejak diasaskan, ia tidak menjalankan atau menjalani sebarang proses uji kaji ke atas binatang (cruelty-free) tetapi kini ia diperluaskan kepada 100% bebas binatang. Ia bermakna produk yang mengandungi madu, lilin lebah (beeswax), dan produk berasaskan lilin lebah.
Kini, semua produk yang dijual di Aveda.com, atau rakan salon Aveda dan Pusat Pengalaman Aveda kini 100% vegan!
Berhenti menggunakan bahan berkaitan haiwan
Walaupun Aveda sebelum ini hanya menggunan madu dan bahan berasaskan lilin lebah dalam beberapa produk, untuk berhenti menggunakannya bukan suatu yang mudah.
“Mengeluarkan lilin lebah adalah antara cabaran terbesar formulasi Aveda kerana ia membantu menghasilkan tekstur yang halus.
“Salah satu alternatif untuk menggantikan lilin lebah untuk produk penjagaan bibir yang khusus adalah lilin lebah sintetik, iaitu lilin yang berasal dari petroleum.
Tetapi di Aveda kami komited untuk memaksimumkan kandungan produk yang natural jadi sebagai penyelesaian kami menghasilkan
campuran unik mentega dan lilin berasaskan tumbuhan sangat berkhasiat dan juga rasa selesa di bibir anda,” kata Naib Presiden Pembangunan dan Kajian Aveda, Christine Hall.